Friday, April 23, 2010

Day 12 post - Mahu Sihat

Hai kawan-kawan

semalam saya emo.hari ni bangun pagi dah tak emo..malah emosi lebih baik kerana sudah jogging selepas solat subuh hari jumaat (tapi tak buat sujud sejadah pun..huhuhu~)

Berjogging atau brisk walk di pagi hari sangat bagus untuk memulihkan emosi kerana badan kita akan membebaskan hormon endorphin ke dalam sistem badan..kalau tanak berlari makan coklat pon boleh release endorphin tapi berlari membakar kalori manakala makan coklat menambah kalori which is tak boleh kerana saya perlu create calorie deficit setiap hari utk membuang lemak-lemak degil nih

semasa berlari tadi sgt ada sedikit rasa-rasa malas. belum abis waktu dh rasa nak stop tapi saya kuatkan semangat dengan membayangkan muka2 orang dalam the biggest loser yang menjadi inspirasi saya. saya yakin saya mampu melakukannya


ali vincent, first woman winner in the biggest loser history (season 5) masa dia gemuk nampak tua, bila dah kurus baru nampak dia masih muda remaja -saya nak sihat dan kurus supaya nampak lebih muda! dan yang paling saya suka adalah semangat dia. dia kene eliminate awal2 bukan sbb dia fell below yellow line masa weight in, tapi sbb org pilih dia utk kuar sbb dia kuat sgt kira jadi threat kat orang lain. so dia buat azam nak jadi 1st woman biggest loser and she did it!!!so dina, u can do it!!

Helen the biggest loser winner (season 7) dah tua 48 tahun tapi mampu mengalahkan peserta2 lain yg lagi muda..tapi macik ni cengeng sket... asal timbang badan je nangis sbb mcm tak percaya dia boleh lose weight..masalah dia yg menyebabkan dia gemuk adalah dia kuat merokok dan minum alcohol. so sapa sapa yang yg merokok dan suka alcohol tu sila quit kalau mahu sihat. owh dan season ni baru 2 minggu tayang dkt hallmark channel 702 hari selasa pukul 9-11 pm back-to-back episode. so jom tgk perjalan helen ini dalam cubaan menguruskan badan nya hingga bermuscle mcm Madonna dah tu! jeles nye haku!!!

kepada sesiapa yang ada mentality "saya kurus boleh makan sesuka hati dan takkan gemuk" sila fikir 2 kali ok..ini adalah Tara Costa (biggest loser contestant season 7) dia dulu MODEL ok!! cemana dia boleh jadi obese pun tatau la kan..model mesti la cantik kurus menawan.sekali jadi gomok ha amek ko terus obese..tapi dh kuar biggest loser lawa gile balik la kan..dia menjadi inspirasi sbb dia sgt kuat.walopon berat mula 294lbs (lebih kurang 150kg gitu) tapi dia boleh kayak jauh gila, panjat cliff semua sampai boleh menang immunity utk 2nd week weight in. terer bukan? jika Tara boleh kurus kembali, mesti saya pun boleh. hendak seribu daya tak hendak seribu dalih!*

Ini adalah atuk Jerry Hayes (season 7 biggest loser at-home winner). atuk ini berumur 63 tahun, sebaya bapa saya. 1st day masuk gym dah collapse masuk hospital ok sbb tak larat dan saket jantung bla bla bla. after 2nd week dia dh kene eliminate dan pulang ke rumah work out kat rumah dan balik masa season finale tgk2 dia yg paling byk lose weight dkt rumah which was 144 lbs (lebih kurang 70kg).tak pasal2 atuk ni dapat duit USD100, 000.00. gila saiko ok! atuk ni dah la tua tulang reput sakit jantung dan kencing manis obese pulak tu tapi dia mampu work out dan jaga pemakanan dan kembali kurus dan sehat sehingga dah tak perlu makan ubat diabetic lagi dah ok! kalau dia yg tua gemuk pun boleh buat..saya juga pasti boleh!!!

so itu lah muka2 orang yang saya bayangkan dan semangat mereka yang buat saya still mahu menjadi sehat dan kuat!

p.s: do u know bob harper, the biggest loser US male trainer. i tought his age like 30++. guess what, he is 45!!! gila nampak muda dan sehat. itu lah kelebihan orang yang kuat bersenam..anda akan menjadi sehat dan yang penting NAMPAK LEBIH MUDA!! OWHHH I WANT I WANT!!!

No comments: