Monday, May 24, 2010

Day 40 post - Buntu

wahh dah 40 hari saya blog!!

kagum lah

tapi dah tatau nak tulis apa

saya skarang takde life

keje keje keje keje keje

tapi saya tetap dan sangat gembira!!!

lalala!!!!

lagi 50 hari saya dah boleh beli blackberry!!! lalalal!!!

tapi tetibe terfikir balik

perlu ke saya beli blackberry itu? saya nak buat apa eh kalau ada blackberry?

tiba-tiba saya terfikir

Sunday, May 23, 2010

Day 39 post - tinggi

saya rasa nak muntah tgk oprah sekarang. telinga saya ngilu dan jijik sekali

orang di China sekarang obses menambah ketinggian dgn membuat pembedahan plastik

tulang dekat betis tu di patahkan dan diregangkan pastu tulang baru akan tumbuh to fill in the gap dan ketinggian akan bertambah.

perempuan yang buat tu tinggi dia 5' 3" lps tu dia nak jadi 5'7"

kalau orang tu sependek saya yang 5' pun tak sampai ni agaknya mesti dia dah bunuh diri kerana tak diterima masyarakat. owh ya di China jika anda lihat job advertisment, height requirement adalah perkara biasa. jika ketot macam saya mmg jadi pengemis je la sbb takde kerja dan tak diterima masyarakat

saya sangat bersyukur dengan ketinggian saya kerana saya boleh pakai high heels setinggi tinggi mana tanpa perlu rasa risau saya akan lebih tinggi daripada mana mana lelaki yang saya date sebab confirm mmg saya tetap pendek walaupun memakai heels setinggi 5 inci

Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau jauhkan lah rasa kegilaan seperti itu.

Thursday, May 20, 2010

Day 38 post - mampukah

saya tatau sampai bila saya boleh ebrtahan nak blog hari-hari ni

saya sangat busy

dan takde internet connection dalam phone saya

sbb takde bajet nak letak unlimited internet usage dalam phone

sian kan saya...

Wednesday, May 19, 2010

Day 37 post - hujan

semalam hujan lebat dan jam di tengah kuala lumpur.

percaya atau tidak saya mengambil masa 2 jam untuk sampai ke rumah saya!

dan semalam saya tak tahan saya redah jugak la hujan nk pegi dekat carpark saya yang berharga 2 ringgit per day itu...ala-ala buat video clip gitu

setiap hari saya akan melintas jalan Sultan Ismail yang sangat busy itu. jika anda ada nampak budak ketot bawak hobo bag yg sangat besar kemudian bawak lagi beg pakaian warna merah berlari-lari melintas Jalan Sultan Ismail, itu adalah saya. sila jangan langgar saya

Monday, May 17, 2010

Day 36 post - HAPPY MONDAY

selalu orang ada monday blues tapi saya tidak

ingatkan semalam sbb penat sgt on duty for K3G event tu, hari ni mmg tak larat la nk bgn pegi keje

siap dah bajet nak ambik RL lagi ha

tapi bangun pagi tadi sangat fresh dan bersemangat pergi kerja

ya saya sentiasa full of energy ketika di tempat kerja

dan di tempat kerja juga saya sudah dapat job scope baru. saya gembira dan suka. yeayyy!!

dan hari ini juga saya dapat berlari RUN DINA RUN kembali setelah 2 minggu den tak dapek poie lari

nasib baik momentum tahap kekuatan larian saya tidak hilang. fuhhh~

saya sangat HAPPY MONDAY

p.s: SAYA DILAMUN CINTA AUUUUWWW~

Sunday, May 16, 2010

Day 35 post - mata tipu

kalau nampak mata saya warna coklat hazel gitu

itu mata tipu

itu kanta lekap berwarna

sila jangan tegur ok

ada juga yang kata kanta lekap saya itu warna hijau katak...

tidak sama sekali tuan-tuan dan puan-puan

ianya memang hazel gitu

saya terpaksa pakai kanta lekap tersebut kerana yang coklat gelap biasa saya pakai sudah koyak

maka terpaksa pakai yang itu sekarang

dan saya ulangi sila jangan tegur warna mata saya!!!

TERUTAMANYA JIKA ANDA MEMBAWA IMEJ ALIM BERKUPIAH DAN BERJANGGUT GITU KONON ALIM LEPAS TU TENGOK AKU TEGUR CAKAP "CANTIK MATA AWAK!!" HOI KAU BUAT AKU RASA BERDOSA DAN GELI OK!!! PERGI JAUH JAUH ORANG SEBEGINI!! SAYA TAK SUKA AYAT YANG DIUCAPKAN TIDAK MENGGAMBARKAN IMEJ DIRI YANG SEBENAR! SAYA JIJIK!

ini adalah post-event behaviour. saya sangat penat saket belakang dan juga saket tekak bercakap d whole day.

saya tidur dulu. esok dah keje balik. i can take one replacement leave because i worked today but just masuk keja dah nak cuti tak syok pulak nnnt ade ketinggalan pelajaran...huhuhu

selamat malam!

Saturday, May 15, 2010

Day 34 post - isi hati

saya nak meluahkan perasaan

kejap lagi saya kena teman ibu bapa pergi rumah pacik saya

dia baru pindah rumah ada housewarming

saya tak suka nak pegi situ sbb crowd yang akan saya pergi ini suka bertanya bila saya nak kawen

kalau setakat tanya je tak pe... ni siap brainwash saya...

jgn memilih la.. kenapa susah sangat la... itu laaa... ini laa...

ye saya tau saya sudah 26 dan berada di dalam family yang semua pompuan kawen cepat, menjadikan saya sebagai seorang wanita yang berumur 26 ni adalah dilabel anak dara tua yang tak laku

tapi dah saya tak jumpa orang yang boleh dibuat laki nak buat cemana

dah saya belum jumpa orang yang nak buat saya jadi bini dia nak buat mcm mana

kalau jodoh saya belum sampai adakah itu salah saya?

ye mmg saya memilih

gila ke kalau saya tak memilih, orang tu saya nak hidup semati tidur sebantal tinggal serumah yang bukan lps kawen tu kalau tak suka je boleh tinggal suka hati

ok saya memang takdak mood sangat

nak sambung tido lagi...

jap lagi nk pegi baru bangun tido dan bersiap dan terus pegi tak yah bersiap pon

saya tak de mood~

Friday, May 14, 2010

Day 33 post - larut malam

hari sudah larut malam

daku masih belum tidur

hidup ini indah jika kita selalu tersenyum

mari tidur sambil tersenyum

nescaya nyamuk tanak dekat dgn kita sbb dia ingat kita gila sebab senyum ketika tidur

padahal nyamuk tatau yang kita tgh mimpi indah hingga tersenyum dalam tidur

saya rasa ayat saya sangat puitis malam ini

"senyumlah~ senyumlah~ ahaiii~ cek mek molek~"

Thursday, May 13, 2010

Day 32 post - Down

hari pertama saya down dekat office

ini semua disebabkan saya kurang organise hari ni

saya tak leh orang nak kalut-kalut nanti saya kalut dan anxious

pagi-pagi tak buat milo dan green tea, towards tengah hari saya dah takde tenaga dan mula takde mood dan takleh buat kerja

dh pukul 3 tu colleague saya cakap

"Dina, go and get ur milo then only u can do ur work"

owh hari ni sangat tak bagus

pengajaran yg boleh saya ambil adalah

MESTI MULAKAN KERJA DENGAN MEMBUAT MILO DAN MINUM MILO OWH DAN JUGA JGN LUPA GREEN TEA YA!

owh tapi hari ni saya gembira.

saya dah jumpa carpark murah tu RM2 PER DAY OKAY! MONTHLY PASS RM40! HAHAHAHA SAYA GELAK BESA SEBAB MANA ADA PAKING SEMURAH ITU DI KUALA LUMPUR!!! SEASON PASS MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM PON RM60 TAU!!!! saya sudah dapat jimat duit paking saya lalalalaaa.. sebelum ni paking sehari 6 hengget abis duit kang dekat paking je.. sebulan dalam 130 hengget tu nk spend utk paking?? NO NO NO!! duit paking boleh saya dapat sepasang kasut Charles&Keith saya ok!!!

saya tak sabar nak pegi event pertama saya dengan JobStreet wiken ni.. sapa nak cari kerja jom pegi career fair dekat pwtc start esok sampai ahad. saya bertugas ahad dan details esok la saya cerita

saya perlu tido sekarang supaya mood saya kembali baik dan esok boleh pergi kerja dengan semangat yang baru.

saya dah pasang lavender oil burner saya dan saya boleh tido dengan lena dan sedap sekali

selamat malam rakan-rakan

Wednesday, May 12, 2010

Day 31 post - kekenyangan dan kemengantukan

baru lps makan dan dah nak tido

tadi banyak benda saya nak tulis tapi fae kacau

dia telefon dan kami bercakap kat tepon sampai setengah jam

salahkan fae sbb saya tak leh tulis panjang panjang sebab saya dah mengantuk sbb dh lambat sangat dan saya dah nak tido

tapi sangat suka bergayut dengan fae almost everyday tak pun every other day

bil telefon saya banyak sebab selalu bergayut dengan fae

tu baru telefon... belum lagi kira sms

Tuesday, May 11, 2010

Day 30 post - No words


a picture speaks 1000 words
Happy 30th post Dina! Well Done!

Monday, May 10, 2010

Day 29 post - Semangat!!

Ye saya baru pulang kerja. Confirm saya tak leh jadi ibu berkerjaya kerana saya tak pandai tak workaholic. Balik kol 8 tapi kuar dinner dengan teman tapi mesra yang tak berapa nak mesra sangat.

hari ni saya masuk kerja sangat semangat!!

Mau nye tak semangat, hari sebelum dah tido secukup-cukupnya lebih dari 12 jam!! hehehe...

Semangat berkerja dengan penuh dedikasi masih belum luntur walaupun banyak onak dan duri melanda. Alhamdulillah

Esok petang saya plan mau lari. Mahu cuba lari dan tengok lake garden sbb lake garden tak yah baya parking. nak gi titiwangsa jem. nak gi lari klcc kene baya paking.

Saya sudah mau tido. ada orang buat saya mahu tido dengan senyuman

selamat malam wahai rakan-rakan

Day 28 post - terlajak

waktu ini jam 2.39 pagi

saya assume masih hari ahad sbb saya tido d whole day dan sekarang baru macam nak bangun

saya lupa nak buat entry untuk hari ahad

tak kira, ni kira post utk hari ahad jugak walopon dah terlajak

hari ni subuh-subuh, bangun pagi terus pegi jogging dan kemudian saya basuh kereta (saya basuh kereta sendiri ok bukan hantar kedai)

kemudian saya tidur.

pukul 1.30 ibu saya kejut tidur ajak pegi lunch dekat luar kerana hari ibu, ibu saya cuti tidak memasak.

pukul 4 sampai rumah balik saya sambung tidur sehingga jam ini.

sekejap lagi saya mahu sambung tidur lagi kerana hari bekerja saya tidur cukup2 seperti orang dewasa sepatutnya tidur. sebelum ni saya tak kerja saya tidur sangat banyak mengalahkan waktu yang cukup untuk bayi tidur. maka waktu wiken adalah hari paling seswai untuk saya qada' tidur saya.

sudah seminggu saya kerja saya tak lari langsung kerana saya masih juggling with my time.

esok mula week 2 saya berkerja. saya harap plan saya nak lari menjadi

initial plan, nak pegi kerja pukul 6 pagi, sampai tasik titiwangsa pukul 6.30. pukul 7.15 mandi dekat shower dekat public toilet titiwangsa kemudian by 8 dah boleh gerak pegi opis dan sempat masuk opis before 8.30

tetapi titiwangsa menggerunkan. tasiknya sangat luas dan pagi yang gelap itu menakutkan. saya boleh sesat atau orang kidnap saya pun boleh. sangat bahaya. saya takut.

saya tak mahu jogging dekat klcc sbb saya tanak bayar parking semata-mata nak pegi jogging. dan saya juga tak tau nak mandi mana kalau saya jogging dkt klcc sebelum pegi kerja.

sekarang saya hanya left dgn option jogging di klcc di waktu petang. nak jogging dkt titiwangsa di waktu petang is a big no no sbb saya tanak tempuh jem yang maha dasyat utk ke sana! saya tak suka balik rumah awal sbb malas nk bersesak dlm jem. so saya decide hari saya lari hanya hari selasa dan khamis untuk weekdays dan sabtu ahad juga. so hari selasa jogging dan balik rumah awal sbb nak tgk the biggest loser malam. dan hari khamis boleh la balik awal tanpa sebarang alasan. hari lain saya pilih untuk stay dekat opis sampai malam (tak malam sangat. usually saya balik pukul 8 hingga 8.30 malam)

so mari kawan-kawan kita jogging dekat klcc hari selasa dan khamis pukul 6.30. siapa mahu jadi running buddy saya, mari lah mariiiii!!!

Saturday, May 08, 2010

Sway

Don't stray
Don't ever go away
I should be much to smart for this
You know it gets the better
Of me sometimes
When you and I collide
I fall into an ocean of you
Pull me out in time
Don't let me drown
Let me down
I say its all because of you and here I go
Losing my control
I'm practising your name
So I can say it to your face it doesn't seem right
To look you in the eye
And let all the things you mean to me
Come tumbling out my mouth indeed its time
Tell you why
I say its infinately true



Say you'll stay
Don't come and go
Like you do
Sway my way
Yeah I need to know
All about you


And there's no cure
And no way to be sure
Why everythings turned inside out
Instilling so much doubt
It makes me so tired
I feel so uninspired
My head is battling with my heart
My logic has been torn apart
And now
It all turns sour
Come sweeten
Every afternoon


Say you'll stay
Don't come and go
Like you do
Sway my way
Yeah I need to know
All about you


Say you'll stay
Don't come and go
Like you do
Sway my way
Yeah I need to know
All about you


Its all because of you
Its all because of you
Its all because of you



Day 27 post - two is better than one kah?

lagu Acha Septriasa ada bertajuk "Berdua Lebih baik"

kalau orang putih pulak Boys Like Girls ft Taylor Swift "Two is Better than One"

tapi betul ke berdua itu lebih baik.

Bagi saya berdua itu hanya akan menjadi lebih baik jika dan hanya jika hidup anda menjadi lebih mudah. Tidak pening kepala... tidak susah hati... saya suka bila berdua itu menjadikan saya tidak perlu berfikir apa-apa.. saya suka relationship yang effortless... saya suka relationship yang my other half itu in control of any situation sbb saya sgt out of control. Now i know that all i need is a man who know how to control me. definitely! Itula definisi saya terhadap phrase "TWO IS BETTER THAN ONE"

dan BERDUA ITU LEBIH TERUK jika hidup lagi susah lagi menyusahkan. Saya tak suka relationship yang memerlukan saya membuat effort untuk please my other half. Saya rasa berfikir untuk menyenangkan hati orang itu menyebabkan saya bertambah susah. Bukan itu sahaja, bila kita tersalah langkah mula lah masalah pergaduhan itu wujud. Dah la saya ni hidup sorang sorang pun terkontang kanting dan bermasalah. Ni nak tambah lagi masalah dengan hidup berdua. Memang la berdua itu tidak lebih baik.

Jangan lah anda kata "Dina, in your dream la kamu nak jumpa lelaki yang mcm kamu nak" ... ini kerana i met the man and he had the quality. Definitely that kind of man exists. Cuma bukan jodoh saya maka have to let go lah kan... but to find that kind of man mmg susah la... i wud say... 1 in 5? so untuk jumpa d next one saya kena go through lagi 5 kali lah? woahhhh....

Mature, in control, knows how to lead me in everything, knows how to say the right thing at the right time dan yang paling penting, saya sentiasa effortless in the relationship.

i think i dont ask so much right? i know i can be pain in the ass but i believe there must be someone out there who is for me. saya sangat optimistic pada saat ini!

Friday, May 07, 2010

Day 26 post - SEMINGGU

saya suka

dapat survive bekerja selama seminggu!!

sudah seminggu saya jadi workaholic!

bangun pagi sebelum subuh, bersiap terus pegi keja..

45 menet drive, pukul 8 sampai office

pukul 8.30 malam ke atas baru saya pulang

sampai ke rumah sekitar 9-10 malam

begitu la seminggu ini dan minggu-minggu akan datang

SAYA JADI CAREER WOMAN YANG WORKAHOLIC!!!

SAYA GEMBIRA !!!!

Thursday, May 06, 2010

Day 25 post - hujan lebat

hujan lebat menyebabkan saya sampai rumah lambat

keluar ofis 8.30, jalan pegi kereta dan drive smpi umah pukul 9.30

selalu kalau malam 20 menet dah sampai

ini disebabkan hari hujan walopon time saya balik tadi dah tak hujan lebat

ditambah pula dengan ade eksiden dekat lumba kuda tu. jalan lumba kuda jem abis la highway sg besi tu penuh

sila berhati-hati di jalan raya supaya tak eksiden... walopon tak hujan, masih boleh eksiden

dan kepada yang tak eksiden sila jgn nak jadi penyebok slow2 bawak kereta tgk eksiden ok!!!

BOK!! (cara adik baby iman jerit dekat orang kalau orang menyebok..hurmmm iman dah 2.5 years..suppose dah tak leh panggil adik baby dah kan? dah la jantina lelaki..tak macho betul nama adik baby

ok saya dah mengarut. esok nk bgn pagi keje lagi

sila bagi saya tido

bye~

Wednesday, May 05, 2010

Day 24 post - belum setel

hari ni hari ketiga kerja... masih busy settle down...

telefon line pun belum masuk lagi...haduyaiii...

masa berlalu dengan pantas asyik terkejar-kejar je...

nak buat benda lain memang tak sempat...

saya suka cubicle saya... tak saba nak hias-hias...

rasa nak beli ikan letak kat situ and cactus 2-3 pokok..mesti cute!

nanti saya update lagi ok...ni dah malam kene tido.

mata tak larat nak bukak dah sebab penat mengantuk

pagi tadi siap terlambat jaga... tpi pegi keja mcm biasa je...

tak lambat...

saya suka hidup baru saya..penuh semangat sebab semua orang semangat!!!

Tuesday, May 04, 2010

Day 23 post - hari nombor 2

sudah 2 hari saya bekerja. actually tak kerja lagi..sbb 1st 2 days ni saya ada orientation.

saya sangat suka bekerja di jobstreet. walaupun mungkin saya tak dapat gaji banyak gila-gila mcm orang lain tapi environment di jobstreet sangat best... dkt sana semua orang sangat humble, friendly dan sangat sangat best! no need to address people by maam or sir or anything! just call each other by name even when we talk to our bosses and ceo and other c c c!

hari ni ada lagi seorang kawan baru yang cakap dekat saya

"Dina...muka u macam OGY lah!!!"

saya hanya mampu gelak sahaja kali ni sbb sepanjang hidup 26 tahun ni mmg boleh kata every other person jumpa lah cakap muka saya macam ogy... this girl just now siap tanya "Are you sure u bukan anak ogy?" LOL!!! itu je yg saya mampu cakap!!! dari kecik ok..dari kecik saya adalah seperti clone ogy...haduyaiiii~

owh korang..saya suka lagu ni skrg ni!!! sangat proud Mizz Nina duet sama Colby o Donnis ok!!! the song is What You Waiting For. SEKARANG DAH JADI RINGTONE SAYA!!! JANGAN TIRU!!! SAYA CHOP DULU OK!!!!

Monday, May 03, 2010

Day 22 post - fresh make up

saya sangat suka make up


ye memang sangat suka! sampaikan make up kan orang kawen pun saya pandai...


saya suka make up sbb muka saya banyak sgt flaws so saya konon nak cover flaws semua tu la



bila saya nak mula bekerja ni saya ada satu masalah



bermula tahun 2010 ni kan saya agak pemalas, slacker, tak bermaya, tidak tahu hala tujuan dan sebagainya kan, akibat nya...



SAYA TIDAK MEMAKAI APA APA SKIN CARE DI MUKA SAYA SUDAH 5 BULAN!!



ye..ini pengakuan ikhlas lagi memalukan bagi seorang wanita yang berumur 26 tahun ye rakan-rakan pembaca sekalian.. so anda boleh bayangkan lah muka saya kusam dan kering dan tatau lah lagi apa yang ada... tapi surprisingly muka sangat sangat minimal breakout... saya punya moisturiser pun sampai dah tak leh pakai sbb mcm basi agaknye dh lama sangat tak abis-abis...



kini, nak mula bekerja ni saya nak la sket nampak mcm berseri...berseri sahaje ye korang, bukan cantik sbb saya memang sedia kala cantik!!! (blog saya suka hati saya lah nak tulis apa!!) maka hari tu pegi la jalan-jalan dgn faezah dan masuk ke Bobbi Brown MidValley Megamall dengan niat nak beli lip gloss sahaja..baca SAHAJA!!!



pastu hantu apa yang sampuk saya tak tau la..mulut gatal cakap kat makeup artist tu

"Can you show me how to make a fresh look make up? I want very minimal make up for work. I don't want so many colors on my face. Just to make me look glowing and fresh!"



Tanpa ragu-ragu makeup artist tu cakap

"ALL YOU NEED TO DO IS COVER YOUR DARK CIRCLE THEN YOU WILL LOOK FRESH. IF YOU DONT CONCEALYOUR DARK CIRCLE, NO MATTER HOW MANY COLORS YOU PUT ON YOUR FACE, YOUR WEAR BLUSHER, LIPSTICK, EYESHADOW AND SO ON, YOU FACE WONT LOOK FRESH" (saya buat caps lock kan dkt sini just to stresskan point ni penting bukan bermaksud makeup artist tu jerit dekat saya ok)



maka saya pun suruh la orang tu ajar cemana nak buat, demo bla bla bla...



akibatnya
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




SAYA DAN FAEZAH TERBELI BARANG-BARANG YANG DI DEMO KAN KEPADA KAMI KERANA TERBUKTI HANYA DENGAN MENGCOVER DARK CIRCLE, MUKA KAMI JADI FRESH WALOPON DENGAN VERY VERY VERY MINIMAL MAKEUP!


barang-barang yang diperlukan untuk cover dark circle mengikut cara-cara Bobbi Brown adalah seperti berikut


mula-mula apply

Creamy Concealer in Natural Peach Shade

Kemudian,


Creamy Concealer Kit in Natural shade


Apply kedua-dua benda tersebut dengan menggunakan...ini!!



Concealer Brush

Cara-cara bagaimana nak menggunakan barang-barang di atas, anda pegi la berkunjung ke counter-counter atau butik2 Bobbi Brown yang terdekat dan tanya diorg cemana nak buat ok... kalau saya tulis panjang2 pun kat sini bukan korang nak baca kan...(alasan untuk orang yang malas nak tulis) owh korang juga kena la pegi check shades apa yang seswai ngan korang sbb for corrector, bobbi brown ada 12 shades and for concealer ada 15 shades..so kena test shade mana yang paling sesuai utk skin tone korang ok...eheheheh

Tapi kan memang betul cara ini adalah cara makeup yang saya inginkan dari dulu... cover dark circle pastu apply sket sket je basic make up lain, blusher, foundation sket pastu mascara and lippie and eyeliner... then tadaaaaa..muka saya fresh sangat-sangat dan boleh berkerja!!!!

Dan mengenai hari pertama bekerja, esok baru saya nak tulis sbb hari ni ngan esok just orientation je..freshies ada 16 orang and yg sama department ngan saya ada sorang je... already got friend, Jane. siap dah pegi window shopping dah dgn dia dkt klcc tadi..hahahah!!!

Dan saya juga baru tahu hari ni.. DI JobStreet.com, NO SMOKERS WILL BE EMPLOYED! so pekerja-pekerja di JS tiada yang merokok..sesuatu yang bagus kan? saya suka..anda juga pasti suka kan???

Sunday, May 02, 2010

Day 21 post - Hari terakhir menganggur

Hari ni hari terakhir menganggur setelah berhenti kerja setahun yang lalu...

Hati agak nervous ok sbb i don't know if i can do the job or not cos it's not my core or something i did before. Dapat kerja tu pun bukan sbb i ada qualification in Human Resource or because i pernah kerja recruiting orang ke ape ke.. tapi sbb diorg ckp i ada personality that suit the job and cabality that they think i can perform in the company... saya nervous sebenarnya...

last few months saya selalu runsing tak tau nak buat apa with my life...i always plan my life would be like others. abis belaja, kawen cepat and duduk rumah jaga anak. tak mau kerja. Saya nak jadi mcm mak saya yang tak kerja duduk di rumah uruskan anak2 dan rumah tangga. Dari dulu saya rasa perempuan yang duduk rumah berkorban menjaga ana, suami, keluarga dan rumahtangga itu sangat mulia. Even my parents tak kesah i tak nak kerja cos they prefer me to stay at home sbb senang nak jaga kata nya. Lps tu bagi diorg, nnt anak perempuan kawen, pandai la dia ikut laki dia nak hidup mcm mana.

But lately, since saya ni tak kawen kawen lagi and rasa mcm sangat lambat akan kawen, i cannot be like this. Few things came to my mind

what if i tak kawen sampai bila bila?

my parents said diorg akan jaga i dan bagi i duit belanja cos diorang bukannya ada anak lain nak kena bela cos my borthers semua ada kerja masing-masing. And even if diorg tak jaga i, my brothers ada 3 orang untuk take care of me. So i have nothing to be worry of.

But then,

Let say, my parents takde dah, and I tinggal dengan my brothers, sanggup kah i nak ambik duit daripada diorang pastu joli-joli..i rasa tak tergamak pulak sbb diorang ada anak bini nak kena bagi makan..mcm duit my parents tak kesah sangat sbb duit tu takde orang lain nak pakai dah..( ok dont judge me please...dah mak ayah i nak manja kan i nak buat cemana?)

So now dah saya dah tua bangka ni baru terfikir, kalau tak kerja cemana nak beli rumah sendiri? Nanti i nak tinggal dekat mana? kalau berlaki bleh jugak tumpang umah suami..ni kalau hidup sebatang kara nanti, i nak duduk mana? I ni anak perempuan, harta waris bukannya banyak pun boleh dapat.. so i decide, tak pe lah... since now tak nampak bayang hidup berkeluarga sendiri, maka baik saya bekerja. Masih belum terlambat untuk saya membetulkan jalan hidup saya.

simpan sekejap cita-cita nak menjadi surirumah menjaga anak-anak itu ye. simpan kejap dreams pagi2 buat breakfast masak nasik lemak, pack kan nasik utk laki dan anak-anak. hantar anak pegi sekola. pastu pegi jogging sambil tolak anak dalam stroller. Pastu pegi pasar, balik umah masak tgh hari amek anak balik sekola and laki balik umah lunch. pastu ptg anta anak pegi sekola agama, pastu baking cake atau buat kuih minum petang (sbb saya sangat suka baking cake dan buat buat kuih). pastu ptg laki balik umah minum tea bersama dan anak2 juga pulang sekola agama... pastu masak dinner dan dinner bersama keluarga, pastu malam ajar anak mengaji sambil lipat kain dan juga tengok diorg buat homework. begitu la sedikit sebanyak rutin idaman saya... sbb saya suka duduk rumah buat kerja rumah semua..saya tak pandai sangat kerja duduk ofis ni

tapi since bukan semua yang kita nak itu kita dapat, maka saya pun fikir balik, mungkin bukan skrg masa saya utk merealisasikan impian itu ( ayat tak hengat punya gedik, merealisasikan konon..ko ingat ni apa?plan tindakan 1 Malaysia?). Mungkin Allah tu dah aturkan benda lain untuk saya kerana Allah itu maha mengetahui. Maka saya pun cuba la mencari kerja dengan berbekalkan pengalaman bekerja yang tak seberapa dan juga sijil-sijil keputusan exam saya yang lagi lah sangat tak seberapa itu! ya!! saya ada sijil SPM 11A !!saya tau!! tapi saya juga mempunyai sijil keputusan universiti yang sangat sangat sangat hancur sehancur hancurnya yang pada firasat saya, saya tak boleh dapat kerja melainkan kerja kilang sardin (sedih bukan cerita saya) ok saya exaggerating saja..tak la teruk sangat mcm tu... saya tipu je..but my uni result was bad, not something that i can be proud of

Alhamdulillah, cubaan mencari kerja saya mengambil masa dalam tempoh sebulan setengah sahaja. Dan perjalanan saya mendapatkan pekerjaan itu sangat sangat super dipermudahkan oleh Allah. Alhamdulillah. Sbb itu saya katakan tadi, mungkin ini yang Allah telah aturkan untuk saya, dan saya pasrah dan terima dengan penuh rela dan akan cuba membuat yang terbaik kerana ia adalah rezeki yang orang lain Allah tak bagi, tapi saya dapat. mungkin saya belum ada teman hidup yang boleh share hidup mati saya, sayang saya dan saya belum ada anak2 yang sangat cute dan sangat saya mahu kerana Allah belum nak bagi lagi dekat saya. Jika saya bersabar dan bersabar InsyAllah, perkara itu akan berlaku juga.

So esok akan bermula lah lagi satu chapter baru dalam buku cerita riwayat hidup Nordina Abdul Rahim. Sebuah riwayat yang penuh suka duka, turun naik, yang telah mengajar saya menjadi seorang manusia pada hari ini.... Terima kasih kepada semua yang telah memberi semangat, sokongan, kritikan dan segala-segala nya kepada saya..you know who you are k...my friends, family and semua semua...saya nak sebut nama banyak sangat, kalau tertinggal tak tersebut nama kang tak sedap pulak. so baik tak yah sebut nama langsung but korang tau korang punya contribution kepada hidup saya ini... terima kasih sangat sangat!! Saya sentiasa berdoa kepada Allah agar saya diberikan dan dimurahkan rezeki supaya saya mampu membalas jasa-jasa semua yang telah berjasa kepada saya. semoga saya tidak menjadi manusia yang takabbur dan riak dan melupakan orang-orang yang banyak berjasa kepada saya.

phewwww...banyak nya saya tulis. i hope korang baca la luahan hati saya ini ok.... lps ni dh kerja saya mungkin tak dapat tulis panjang2 dah due to kesibukan kerja, kepenatan ketika pulang dari kerja sbb drive jauh dan jalan jem dan pulang lewat malam dan juga due to kerja=takde life=takde cerita nak blog!

SELAMAT MEMULAKAN HIDUP BARU DINA!

p.s:walaupun kerja, saya tetap akan berlari di pagi hari! dah siap plan nak jogging pagi. di mana? bagaimana? bila dan semua nya akan saya cerita kemudian k!!! tungguuuuu~

Saturday, May 01, 2010

Day 20 post - Ngilu kemudian gembira sedikit

sedang menonton berita di televisyen...

satu lagi cerita orang kena tembak..pengawal raja kelantan pulak dah kena tembak...

hari tu budak 15 tahun pulak boleh kena tembak polis sampai meninggal budak tu.. (innalillah)

apa duduk dekat Malaysia ni dah tak selamat kah?

sentiasa mengilukan telinga lah berita-berita di tv ni...

baik tukar channel 105 tgk jozan show lagi bagus

takdela hati ni tertekan dan stress memikirkan dunia yang tak boleh aman dan tenteram ini...

...

ok sekarang kita cerita benda yang kurang menstresskan diri... sekarang tgh ditayangkan di seluruh dunia, 2 movie yang sangat hebat, IRON MAN 2 and IP MAN 2 (sebut yip man ok!)

semalam saya dh tonton Iron Man 2 dgn faezah. surprisingly Ip Man 2 lagi cepat sold out compared to Iron Man 2. Adik saya pula sampai sudah 2 kali pergi menonton Ip Man 2. Saya sangat2 tidak sabar mahu menonton Ip Man 2 juga kerana saya sangat suka cerita Ip Man itu.

Iron Man 2 seperti yang korang tau cerita pasal super hero tapi bukan super hero sangat kan sbb dia jadi hero tu sebab gadget2 yang best je.. Iron Man ni super hero mcm Batman la... takde special power tapi ade special devices and gadget je kan... tapi best sbb si kacak robert downey jr tu ada dan scarlett johansson yang cantik dan sangat saya adore itu kerana dia sangat kecik tapi she got the curves y'all!!!! owh lagi satu saya suka pasal Iron Man 2 tu adalah bagaimana dia jadikan suit Iron Man itu portable. ok saya ckp yg tu je..tak leh ckp lebih2..sian orang yang tak tgk la..saya tak mahu spoil moment2 korang dating menonton wayang itu kan..



best best cerita ini... sebab robert downey jr sangat hensem dan woooo!!



Ip Man tu plak cerita pasal kung fu master yg ada kung fu line dia sendiri nama Wing Cun. Basically cerita ni pasal cemana dia menetang penjajah jepun la british la dan sebagai nya..kira ala-ala Tok Janggut kita lah... dan dalam Ip Man 2 ni siap ada watak bruce lee sbb bruce lee adalah salah seorang anak murid Ip Man.



bila nak dapat menonton Ip Man 2
p.s: tatau nak buat apa malam ni. nak menonton tv pon takde yg best. lalu menonton drama melayu kat tv1 tajuk dia 'sos cili sos tiram'. saiko plak aku rasa diriku ni menonton lelaki metrosexual ape jadah punya cerita ntah! yg ko pegi tgk tu pahal dina hoiiii...haduyaiiiii
p.p.s: dah abis tulis entry ni, nak tulis tajuk post ni baru terperasan ni post ni 20. maknanya dah 20 hari berlalu! yeayyy!! terer nye saya!!!!! lagi 70 hari blh la bli bb ku sayang!!!!