Saturday, June 26, 2010

entry kedua

saya ada menulis entry yang sangat panjang

sbb saya boring

tapi bila baca balik

entry tu macam poyo dan sangat lame

saya pun terus delete

kenapa sekarang saya dah takde kudrat dan kekuatan atau pun lebih tepat lagi

saya segan nak tulis benda2 poyo

kenapa saya boleh jadi mcm ni

hatiku hilang :(

Sejak beberapa minggu yang lalu hati ini asyek berbunga jeeee...

senyum tak lekang lah dari bibirku ini...

tapi dari hari khamis hari tu...

hati saya tak de kat sini

hati saya telah dicuri oleh orang dan orang itu telah lari jauh-jauh

saya tak dapat hidup tanpa hati saya

dari semalam pulang dari keje sampai skrg ni asyik tido je saye

tapi dah tido banyak2 ni pun waktu masih berlalu dengan lambat sekali

saya mahu waktu berlalu dengan pantas sekali

saya tak suka hidup tanpa hati saya...

wahai kamu si pencuri hati.. sila pulang ke kuala lumpur dengan pantas plissss

Tuesday, June 22, 2010

masih wujud

pagi tadi yaya call

dia kata "kamu ni...kalau pun happy, update la blog tu...jgn la time sedih je update blog"

hihihihihiiii

saya bukannya apa... dari hari bila ntah laptop saya tertinggal di satu tempat...

so di rumah takde laptop..

maka blog pon sunyi sepi...

dan saya masih happy...

lama pulak saya happy kali ni

mari senyum bersama :)

Sunday, June 20, 2010

senyum

bahagia susah, tak bahagia lagi la double susah...

tapi yang pasti saya happy sekarang...

terima kasih kerana buat saya happy sekarang.

:)

Wednesday, June 16, 2010

Mencuri Idea

Tadi baca blog rakan-rakan. tersinggah di sini blog geng calis enjel saya si fara izuwin bini orang beranak satu

Tajuknya entrinya What's in your bag?

Banyak jugak saya came across blog orang yang tulis pasal entry ni sebelum ni...

maka saya pun nak tulislah apa yang saya ada dalam beg saya...

nak tau apa yg ada dalam bag saya?.... jeng jeng jenggg.....


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.







syiling itu berjumlah RINGGIT MALAYSIA TIGA PULUH DAN KOSONG SEN SAHAJA ye rakan-rakan...

dah tgh bulan sementara menunggu lagi seminggu nak masuk gaji mari kita mengorek tabung dan menggunakan sisa-sisa baki duit yang ada ye...

duit syiling tak bermakna tak boleh di pakai ye rakan-rakan... jangan malu dan jangan segan untuk mengira duit syiling anda untuk membayar makanan walaupun berharga lebih sepuluh ringgit ok... ini lah yang baru dinamakan survivor!!!


HA??APE DIE??? KESIAN KAT SAYA??


laaa ape susah... bukak la tabung derma kilat untuk saya...kalau nak terus depositkan dalam bank pon boleh..saya ada banyak akaun bank..ada Maybank, CIMB, Bank Islam, dan RHB juge... haaa boleh pilih nak depositkan dekat bank mana pun mengikut kemudahan masing-masing ye... tgk tu..saya banyak akaun bank cuma duit dalam tu je yang tak berapa nak banyak ye...

itu sahaja untuk kali ini ye rakan-rakan...pengajaran daripada entry ini adalah:

1. Jangan malu atau segan untuk menggunakan syiling anda dalam kuantiti yang banyak kerana nilainya sama cuma kepingan nya sahaja yang sedikit terlebih banyak berbanding duit kertas.

2. Jangan bawak duit syiling dengan banyak dalam henbeg kerana nanti bahu anda senget sebelah dan saket seperti saya. Jika berdegil jugak mahu bawak syiling yang banyak jugak silalah bawak bagpack ok. tapi takkan nak bawak bagpack semata-mata nak bawak syiling kot?

Monday, June 14, 2010

kedai mamak ku sayang

Hari ni saya berpuasa bersama encik Lalalaaa saya... sempena bulan Rejab yang mulia ini...sempena tak ganti puasa lagi dan sempena nak meringankan badan ini sedikit. Teringat Hadith Nabi S.A.W pasal bulan Rejab bulan Allah, bulan Syaaban bulan Rasul S.A.W dan bulan Ramadhan bulan umat Nabi S.A.W.. isi kandunganlain dlm Hadith tu saya tak ingat. Maka marilah perbanyakkan amal ibadat kita yang tak berapa nak ada ni... Peringatan ini adalah untuk diri ini dan juga sesiapa di luar sana yang ingin diingatkan...Wallahu'alam.

So masa berbuka puasa tadi, kami pergi la ke sebuah restoran makanan india muslim selatan (baca: kedai mamak) yang terletak di kawasan pergunungan di pinggir utara kota Kuala Lumpur (mewah bukan tempat itu? biasalaaaa tempat orang berada...tak gitu?) Tujuan berbuka di sana adalah supaya kami boleh menonton game Netherland vs Denmark secara percuma (tapi tak de lah percuma sangat since duduk situ kene order makanan yang seperti biasa la mamak ni makanan nye tak berapa nak murah kan). Masa sampai tu ade ke patut tv dia pasang channel TV2 yang menayangkan rancangan tak semenggah langsung. Tak pasti rancangan apa yang pasti saya ada tertonton orang tengah menjerit cakap mcm ni ye..(berikut adalah sari kata bahasa Melayu bagi ayat yang diucapkan oleh si pelakon)

"Tidaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak"
"Dapatkah kamu rasakan kuasa keluar dari tubuh saya?"

tidakkah rancangan itu sangat saiko? Tgk watak bukan mcm cerita Ultraman ke ape ke... manusia biasa tapi ayat tak hengat punye saiko.
Maka tanpa melengahkan masa encik Lalalaaa tanya la kat abang macha tu...

"Bola takde ke?"

"Signal tak da" jawab si macha kerana hari baru lps hujan

sbb kami dah tahap lapar kebulur mcm budak baru belaja puasa maka terus je la makan kat situ walopon takde bola. Tengah2 makan si macha cuba tukar siaran tv kepada channel sukan.

Bukan Channel 805 gelap gelita... owh ini petanda buruk
Scrool lagi semua channel FWC di Astro semua gelap gelita.
Sang kedai mamak tidak mengsubscribe channel itu rupa nya...

since tadi kami meminta bola maka dgn tak semena- mena television itu menayangkan rancangan perlawanan bola...

YESSS!!!

ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari...setelah diamati rancangan itu rupanya si abang macha memasang channel apa tak tau tapi yang pasti tiba2 nampak player Manchester United sedang bermain bola
DASAR KEDAI MAMAK KAN...APA KO MINTAK SEMUA DAPAT KAN..KO NAK BOLA DIA BAGI BOLA... ASAL ADE BOLA DIA ASSUME ITU LA YANG KO NAK! WOI MAMAK!!! AKU NAK WORLD CUP LA $$#%$^&%!!! WALOPON AKU MINAT MAN U TAK MAKNA AKU NAK TGK MAN U TU 365 HARI SETAHUN!!!! APA PUNYA MAMAK ARRR!!! CHANNEL NAK TGK WORLD CUP PON TAKDAK! CHETTT!!!

sudah aaa amok dekat mamak ni..kureng pahala puasa gue kalau gini.

tapi ramai jugak yang telah diberi harapan palsu...

  • Situasi pertama

Meja tepi saya 2 org chinese sembang2..suddenly tertoleh kat tv..

Chinese A: Ehh...got bola aaaa...World Cup started alreadyyy
Chinese B: (Merenung tv dgn lama dan muka sangat keliru) Eh how come it say's Manchester United? How come World Cup got Man U?
Kedua-dua mamat itu pandang saya dan saya hanya mampu membalas dgn senyuman dan berkata...
"It's not World Cup...It just some random games they put on replay"
Kedua-dua nya pasrah je la menonton game yang tatau zaman bila punya...

  • Situasi Kedua
Sebuah Myvi putih berhenti depan mamak sambil menurunkan 2 penumpang. Saya assume hajat mereka supaya yg turun kereta tu chup tempat kat kedai mamak dan si drebar itu pegi cari parking kereta. Si 2 orang penumpang ni merenung kaca televisyen...Mula muka relax..kemudian muka pelik dan kemudian kedua-dua nya berlari mengejar kereta Myvi putih tadi....HAHAHAHAHAHA KORANG TERTIPUUUUU!!!KORANG INGAT MAMAK TU BUKAK WORLD CUP LA TU? BAK KATA PEPATAH... PERLAWAN BOLA DI KACA TV JANGAN DI SANGKA PIALA DUNIA~

maka saya melepasla nak menonton Netherland vs Denmark. Takpe..hari khamis ni kol 7 game Argentina vs Sth Korea..2-2 dah ade 3 points each..mari kita lihat siapa yang akan mendahului dlm kumpulan B..alah tak yah tunggu Khamis sbb dh tau confirm le Argentinaaaa...

Tapi yang pasti Khamis ni saya takkan pegi lagi ke kedai makanan India Muslim Selatan di kawasan perumahan elit yang terletak di kawasan pergunungan pinggir utara Kuala Lumpur itu...

Sekian terima kasih.

Sunday, June 13, 2010

Randomness

Esok, Isnin 14th June 2010... dah masuk 1 Rejab 14 berape eh? saya tatau kalendar Hijrah tahun berapa...na'uzubillah..

Dan dengan rasa sangat malu saya buat pengakuan saya belum lagi ganti puasa..lagi 2 bulan je nak bulan Ramadhan ni...ouchhh...so saya mahu mula mengganti puasa bermula esok hari

Puasa ni bagus..selain daripada boleh kurus, perut kita juga akan sehat.. dan juga diri akan lebih calm dan rase best(bukan best berlagak ok)

Saya dah boleh kembali memblog nampaknya... kini aktiviti petang2 hari suka pergi lepak McD yang terletak di tengah2 Kuala Lumpur dan online bersama encik Lalalaaa

siapa encik Lalalaa..ntah la aku pun tak tau...yg pasti best lepak dgn encik Lalalaaa ni... betulkah wujud encik Lalalaaa ni... ntah ke aku syok sendiri rasa ade berkawan dengan encik Lalalaaa padahala encik Lalalaaa tu tak wujud aku hanya schezophrenia je... uiiiii takut takutttt

sekarang ni diri rasa sentiasa happy. Bila happy yang mcm ni pun payah jugak. Ye laaa... takut momen momen begini hilang cemana.. Saya suka kehidupan saya sekarang... yaya kata just enjoy je sbb sebenarnye kita perempuan ni banyak sangat fikir.. ye aaa cemana tak fikir, kan? kita mesti la sentiasa nak menyediakan payung sebelum hujan kan...

btw sekarang ni saya rasa saya dah mengingkari janji kepada diri sendiri iaitu memblog selama 90 hari baru boleh beli BB. tapi saya sudah tidak menulis blog hari tu selama lebih kurang 3 minggu. maka saya tak leh beli BB. saya kena mula membuat cabaran baru supaya saya boleh mereward diri sendiri..apakah cabaran baru kepada diri ni..aku pun tak tau

now takde topic nak tulis dah...hermmm... ape eh best nk tulis? sila bagi idea ye.. sbb saya rasa hidup saya kurang menarik dah sekarang ni...

Saturday, June 12, 2010

Kembali~

I'm back!!

lama gila i tak penah update blog. Sangat rindu dengan blog ni. Can u imagine last sekali entry was posted on 24th May and now dah 13th June! Gila dah lama ok..sorry my blog for abandoning you.

sepanjang 3 minggu ni mcm mcm jugak la dah jadi..tapi still benda biasa je..pegi keje balik keje..but im so surprise masih ada orang yang baca blog ni and commented on my blog. i tot xde orang baca blog i..ehehehe... terima kasih kepada peminat2 semua ok... since korang mcm suka konon baca blog ni kan...here are some of my updates for the past few weeks ok.

1. Kehidupan berpasangan

my baybeh is getting married!!! yeayyyy!!! sorry ya cos saya tulis sini sbb saya masih lagi terharu dgn berita itu dan saya hanya mampu menahan diri dr tak post berita ini di facebook saya. saya tak mampu dari menahan diri dari menulis tentang perkara ini di blog saya...tapi im such a bad baybeh to her since i still dont have time to meet her even during weekends pun cos now im busy "memperbaiki perhubungan yang dulu retak menanti belah but now dah tak retak dah dah simen concreate balik dah"...i will try my best to make time for you k baybeh!!!HUGSSSS~

2. My nephew's birthday

My hakim was 11 years old last weekend. Dah besa dah my nephew kan? i rasa sangat tua sbb ada anak sedara umur 11 tahun. ini adalah kerana my brother got married at the age of 21 going on 22 so dia baru umur 34 anak dah umur 11 tahun. best gila abang i.. dia muda lagi tapi anak dah besar-besar.. ok Hakim..happy 11th birthday!be a good boy and u will always be d boy that i love so much!

3. Selamat malam

Adik iman sekarang kalau nak tido malam mesti mintak pasang lagu selamat malam faizal tahir. dan suka menyanyi nyanyi dengan suara yang kuat ok...padahal bercakap masih tak betul. he is so cute and sangat suka camwhore ok!!! owh i love my nephews!!!

4. JobStreet and life

Im in love with my work at JobStreet! The pace is very very super fast for me to catch up but no choice~ i have to in order to be competence with others! So far still ok and enjoying my work! Just that i dont have enough time to socialise with family and friends. I also didnt jog like i used to...sangat rindu nak jogging kerana dengan berjogging saya tidak menjadi kurus seperti yang diidamkan tetapi saya menjadi fresh kuat sehat bertenaga dan yang paling penting sekali kalau saya jogging pores dekat muka saya secara automatik akan bersih dan clear dan kulit saya licin kerana kulit saya detox pada tahap optimum kerana peluh2 mengeluarkan segala noda noda hitam yang terdapat di muka saya. SAYA MAHU JOGGING KEMBALI UNTUK MEMULIHKAN KEADAAN KULIT MUKA SAYA!

5. Attitude change

I can feel somehow I change in my behavior. Im a bit calm now..tak cepat melenting and marah-marah.. I can feel kalau i marah tu I tak berdebar and my heart tak palpitated and rush gila gila..i more relax and calm nowadays..how this things can happened eh? ni semua sbb i think im getting older, wiser and mature and maybe someone taught me and give me lesson how important to be less tempered and calmer and so on...nowadays, I really feel good living my life this way .


I think tu je kot nak update. i want to blog more and more after this and ambik gamba banyak-banyak supaya bagi best sket blog saya..takde la korang boring je dgn perkataan kan...I hope after i dh kerja 1.5 months ni i dh boleh organize and familiarize myself with my job. so life can be normal again and i will have more time to socialize and also blogging and also spend time with my ownself....