Monday, June 14, 2010

kedai mamak ku sayang

Hari ni saya berpuasa bersama encik Lalalaaa saya... sempena bulan Rejab yang mulia ini...sempena tak ganti puasa lagi dan sempena nak meringankan badan ini sedikit. Teringat Hadith Nabi S.A.W pasal bulan Rejab bulan Allah, bulan Syaaban bulan Rasul S.A.W dan bulan Ramadhan bulan umat Nabi S.A.W.. isi kandunganlain dlm Hadith tu saya tak ingat. Maka marilah perbanyakkan amal ibadat kita yang tak berapa nak ada ni... Peringatan ini adalah untuk diri ini dan juga sesiapa di luar sana yang ingin diingatkan...Wallahu'alam.

So masa berbuka puasa tadi, kami pergi la ke sebuah restoran makanan india muslim selatan (baca: kedai mamak) yang terletak di kawasan pergunungan di pinggir utara kota Kuala Lumpur (mewah bukan tempat itu? biasalaaaa tempat orang berada...tak gitu?) Tujuan berbuka di sana adalah supaya kami boleh menonton game Netherland vs Denmark secara percuma (tapi tak de lah percuma sangat since duduk situ kene order makanan yang seperti biasa la mamak ni makanan nye tak berapa nak murah kan). Masa sampai tu ade ke patut tv dia pasang channel TV2 yang menayangkan rancangan tak semenggah langsung. Tak pasti rancangan apa yang pasti saya ada tertonton orang tengah menjerit cakap mcm ni ye..(berikut adalah sari kata bahasa Melayu bagi ayat yang diucapkan oleh si pelakon)

"Tidaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak"
"Dapatkah kamu rasakan kuasa keluar dari tubuh saya?"

tidakkah rancangan itu sangat saiko? Tgk watak bukan mcm cerita Ultraman ke ape ke... manusia biasa tapi ayat tak hengat punye saiko.
Maka tanpa melengahkan masa encik Lalalaaa tanya la kat abang macha tu...

"Bola takde ke?"

"Signal tak da" jawab si macha kerana hari baru lps hujan

sbb kami dah tahap lapar kebulur mcm budak baru belaja puasa maka terus je la makan kat situ walopon takde bola. Tengah2 makan si macha cuba tukar siaran tv kepada channel sukan.

Bukan Channel 805 gelap gelita... owh ini petanda buruk
Scrool lagi semua channel FWC di Astro semua gelap gelita.
Sang kedai mamak tidak mengsubscribe channel itu rupa nya...

since tadi kami meminta bola maka dgn tak semena- mena television itu menayangkan rancangan perlawanan bola...

YESSS!!!

ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari...setelah diamati rancangan itu rupanya si abang macha memasang channel apa tak tau tapi yang pasti tiba2 nampak player Manchester United sedang bermain bola
DASAR KEDAI MAMAK KAN...APA KO MINTAK SEMUA DAPAT KAN..KO NAK BOLA DIA BAGI BOLA... ASAL ADE BOLA DIA ASSUME ITU LA YANG KO NAK! WOI MAMAK!!! AKU NAK WORLD CUP LA $$#%$^&%!!! WALOPON AKU MINAT MAN U TAK MAKNA AKU NAK TGK MAN U TU 365 HARI SETAHUN!!!! APA PUNYA MAMAK ARRR!!! CHANNEL NAK TGK WORLD CUP PON TAKDAK! CHETTT!!!

sudah aaa amok dekat mamak ni..kureng pahala puasa gue kalau gini.

tapi ramai jugak yang telah diberi harapan palsu...

  • Situasi pertama

Meja tepi saya 2 org chinese sembang2..suddenly tertoleh kat tv..

Chinese A: Ehh...got bola aaaa...World Cup started alreadyyy
Chinese B: (Merenung tv dgn lama dan muka sangat keliru) Eh how come it say's Manchester United? How come World Cup got Man U?
Kedua-dua mamat itu pandang saya dan saya hanya mampu membalas dgn senyuman dan berkata...
"It's not World Cup...It just some random games they put on replay"
Kedua-dua nya pasrah je la menonton game yang tatau zaman bila punya...

  • Situasi Kedua
Sebuah Myvi putih berhenti depan mamak sambil menurunkan 2 penumpang. Saya assume hajat mereka supaya yg turun kereta tu chup tempat kat kedai mamak dan si drebar itu pegi cari parking kereta. Si 2 orang penumpang ni merenung kaca televisyen...Mula muka relax..kemudian muka pelik dan kemudian kedua-dua nya berlari mengejar kereta Myvi putih tadi....HAHAHAHAHAHA KORANG TERTIPUUUUU!!!KORANG INGAT MAMAK TU BUKAK WORLD CUP LA TU? BAK KATA PEPATAH... PERLAWAN BOLA DI KACA TV JANGAN DI SANGKA PIALA DUNIA~

maka saya melepasla nak menonton Netherland vs Denmark. Takpe..hari khamis ni kol 7 game Argentina vs Sth Korea..2-2 dah ade 3 points each..mari kita lihat siapa yang akan mendahului dlm kumpulan B..alah tak yah tunggu Khamis sbb dh tau confirm le Argentinaaaa...

Tapi yang pasti Khamis ni saya takkan pegi lagi ke kedai makanan India Muslim Selatan di kawasan perumahan elit yang terletak di kawasan pergunungan pinggir utara Kuala Lumpur itu...

Sekian terima kasih.

1 comment:

Mybabycubicle said...

wow...itu saje yang mampu ku katakan..