Friday, April 30, 2010

Day 19 post - Mentekedarah

baru makan 2 pinggan nasi putih bersama sayur lemak pucuk labu dan labu dan ikan masin ikan kurau

sangat sedap

terima kasih ibu!

kini muka saya sedang senyum kekenyangan

tak larat menaip kerana perut tegang mcm pipi kak nita dan badan penat berjalan sehari suntuk bersama si bestie iaitu DR.FAEZAH

kini saya mahu tido kekenyangan

selamat malam!!!

Thursday, April 29, 2010

Day 18 post - CAPEK!

gila penat!

rasa tapak kaki sangat pedih dan penat!

dari bangun subuh lari RUN DINA RUN untuk Week 3 Day 3 punya routine.

Dah la fasting utk buat medical check up

lps pg cheras medical check up tu pegi klcc bukak acc bank and lunch and shopping (saya beli suit baru! yeayyyy!! suit lama saya beli sebelum pegi oz so sangat munasabah jika saya beli suit baru utk mula kerja ini)

lps tu pegi KWSP Jln Raja Laut

lps tu hantar yaya pegi shah alam (i lupa nak ambik gamba yo! kamu!!)

lps tu pegi metrojaya warehouse sale dkt stadium malawati shah alam (bought 2 skirts, 1 shirt and 1 t-shirt jogging saya!!! yeayyyyy!!)

lps tu terus drive pulang kepenatan. sangat penat

TERIMA KASIH YAYA KERANA MENEMANI SAYA SEHARI SUNTUK! MESTI KAMU RESTLESS OK!TERIMA KASIH BACKING SAYA BILA PACIK TADI MARAH SAYA BISING DKT CARPARK TU!! TAPI JANGAN PAKAI BAJU HIP HOPPERS KAMU TU LAGI!! SAYA TAKUT~!! SBB KAMU MCM JADI FARID!!! KAMU YO YO DI SANA SINI!!!!

esok kuar dgn faie pulak!!! yeayyy bestie pulang mahu pegi cari kasut! yang murah saja!!! yang murah dan ada saiz saya hanya charles & keith. tak pon clarks tapi clarks mahal! saya belum mampu!! jenama lain?? forget it!! they are so racist and stupid for not making size 3 shoes!!!!!

Owh got job offer from UOB Bank in KL as Credit Processing Senior Officer but had to turn down d offer cos JobStreet will give me more experience and the opportunity is bigger if i want to change my career. But UOB offered me higher salary..wowowowooo.. tak pe lah...muda2 ni yang penting experience... duit tu kalau ada rezeki i, dia dtg sendiri kan..

sgt surprise tiba2 semua kerja dtg mencurah2 walaupun baru sebulan mula mencari kerja... Alhamdulillah~

p.s: jom berehat dan tido sampai lebam jom!

Wednesday, April 28, 2010

Day 17 post - I AM HIRED!!

This afternoon, went to JobStreet.com at KL to sign the offer letter!



Yup now I'm the JobStreet.com Sdn Bhd employee as Recruitment Consultant



It happened so fast and i need to report on Monday..takutnya.... but still ALHAMDULILLAH



Ni medical check-up tak buat lagi, bank account tak bukak lagi.. semua kena buat esok...



Owh baju juga takde yang cantik dan baru. niat di hati tanak beli apa2 langsung until i finish my probation period (6 months - cos after that baru sign permanent) but i think i need A ('a' means one only, dina) pair of new shoes and A ('a' again means one ok sbb kamu takdak duit lagi!) new jacket maybe owhh tatau lah saya...need to wait for faie dis weekend. she's coming back to kl dis weekend ye kawan2.



Owh saya sangat gembira plus nervous sbb mcm my journey nk dpt dis job sgt lah senang dan dipermudahkan Allah. Hope this is the thing for me... but i dont want to be overwhelmed sbb kang takut ada benda tak jadi



But ada jugak orang yang tak happy dgn news ini..mungkin saja tak boleh tgk orang senang atau dengki atau jeles dgn rezeki orang... Ingat lah rezeki masing-masing tu lain..saya takde apa yang orang lain ade... tapi saya kena terima jugak kan hakikat itu..tak pe dina saba je ok..



anyway snap snappp!!! sila kembali ke mood gembira!



ok!! saya sangat gembira untuk menghabiskan sisa-sisa penganggur saya. selepas ini saya akan berkerja on monday.



owh yeay and congrats to my YAYA cos she's gonna start working on monday too at Securities Commission, Mount Kiara (tempat kerja tanak kalah eh masing-masing,,kemain lagik!!) owh btw securities itu bukan bermaksud jaga sekeriti gad tu ok...sila buka buku finance dan anda akan tahu...



saya suka yaya kerja di KL sbb skrg saya ada kawan di KL sudah... so DR. FAEZAH bila kamu nak pulang ke selangor or KL..sila lah pulang cepat... kau cabut je semua gigi org sg petani tu semua..pastu diorg dh semua takde gigi maka takde keje n kes kat SP so ko blh balik sini sudahhh



p.s: mungkin lepas ini anda yang saya akan interview kerana itu salah satu job description saya. meng interview candidates yang sesuai utk client2 saya!

Tuesday, April 27, 2010

Day 16 post - Dreaming...ahhhhh~

i was out with yaya just now...

we had fun together..as always!! yeayyy!!!

it was an impulsive outing cos she called me n i wanted to tell her stories bla bla bla n we decided to lepak

story cut short, had lunch with farid and the colleagues at burger king klcc. guess what..i met my junior from smap kajang aiza! she's now engineer apa aku tatau lah keje drilling sama dgn farid. wahhh tak banyak pompuan yang i tau kerja drilling ok!! saya sangat bangga dgn aiza!! kalau lelaki keja drilling mcm takde pape cos diorg lelaki, they always get the job regardless anything.. but perempuan, if nk dpt post itu u must really really really can perform. that means she must be very good if not she wont be able to get the job! owh yeahhh aiza!! keep up d good job!! yeahhh~

here are some photos from the outing today..had fun and really had good time with yaya!!! yeayyyy~ yaya moved here!! so lps ni i ada kawan..yihaaaaa!!!


ni la aiza the driller yang keje di tengah lautan. pekerjaan yang didominasikan oleh lelaki..yeayyy aiza!!!
the sweet couple kawan saya yang saya berjaya match kan..(hoi farid, jaga yaya betul2 kang aku libas ko tau..i know u jaga yaya..jk!!)
memandu di kotaraya bersama kelly saya yang kecil menyusup ke sana sini! (as in bandaraya kuala lumpur bukan kota raya di pudu ittew)

kamu nampak kah apa yang tergantung itu?? dibawah ini ha menda nya!!

faviq punya pass masa babyface punya concert last march!!! hohohoooo!! faviq bg dkt i!! dia dpt jumpa babyface sbb dia back up singer najwa on that nite!!!!! (i hanya dapat pegi concert tu je and menonton babyface secara live wohoooooo!!!) thanx faviqqqq for the tag!!! luv u so much lahhhh!!


.....

semalam punya jawapan teka-teki

- pisang apa yang monyet suka makan dan monyet tak suka makan? - jawapan adalah pisang buruk. adam tak reti sgt nk susun ayat utk teka teki n suppose teka teki tu berbunyi pisang apa yang monyet suka makan dan orang tak suka makan.jawapan nya pisang buruk-ni bukan teka-teki kan kerana tak mencabar langsung but he was 5 at that time ok..and he was so cute and still cute!!

- binatang apa yang kedekut? - jawapan adalah kuda sbb dia lari bunyi kedekut kedekut kedekut (kaki dia tu ok..bukan mulut kuda yang kumat kamit cakap kedekutttttt)

and my teka teki...

- bout the temptation tu... saya berjaya menahan temptation to not calling him or even text him..it is hard but i have to cos that is wut he thinks the best for us. i have to respect his decision even though i dont want to but..i dont know... never mind dina... Allah knows what is best for u and let's concentrate on ur self ok dina! (pat my own shoulder before i menangis sorang sorang dalam bilik ni~)

-bout the news yg buat happy tu... pssttt jgn bg tau org ok..i got a job .. Alhamdulillah!! .. owhh yeahhh...waiting for the offer package so that i can do my med check up and all..!!! yeayyy to me!!! sangat happy ok..i have to report on monday morning..sangat cepat kan... keje apa n details i will let u know later ok!!

i am a happy person indeed!!! lalalalaaaaa~

p.s: need to readjust my biological clock cos lps ni tak leh tido tgh hari dah..adoiii susah nya...saya suka tido siang!!!

Monday, April 26, 2010

Day 15 post - teka-teki

saya masih lagi ingat ketika adam masih kecil (maksud saya lebih kecil dr skrg, now umor 7 tahun, mungkin umur 5 tahun kot), dia suka nak main teka-teki. teka-teki adam berbunyi...

pisang apa yang monyet suka makan dengan monyet tak suka makan?

dan dalam masa yang sama juga, hakim suka bagi teka-teki yang berbunyi

binatang apa yang kedekut?

saya punya teka-teki pula...

yang pertama:

saya ada satu temptation, dan hari ni buat pertama kali nya saya berjaya untuk meng avoid temptation itu. apakah temptation saya itu?

dan yang kedua...

saya ada berita gembira hari ni. tapi belum official lagi berita itu. apakah berita itu?

jawapan kepada teka-teki adam dan hakim saya akan bagi esok.

jawapan kepada teka-teki saya akan saya berikan di hujung minggu ini...

stay tune!!

p.s: saket pinggang sangat berkerja keras mengemas rumah dan sebagainya hari ni..mampu kah untuk berlari esok pagi?

Sunday, April 25, 2010

Day 14 post - hari pemalas!

hari ahad sangat membuatkan saya rasa malas (walaupun memang hari-hari malas)

tapi pagi tadi dah berjaya berlari lagi ok. hari ni kene jalan 3 menet pastu lari 4 menet dan ulang sebanyak 4 kali.sangat memenatkan tapi masih mampu dilakukan dengan berjaya.

saya punya harapan bukan untuk menjadi kurus badan berketul..tidak..in fact saya suka dgn badan saya sekarang yang curve nya just nice untuk menjadi seorang wanita. yang saya mahu hasil daripada larian saya itu adalah saya menjadi sihat dan bertenaga dan kuat juga!

tapi saya ada masalah...selalu kalau kita increase physical activities, kita akan menjadi lapar bukan? tapi saya tidak lapar sangat..cuma saya menjadi sangat sangat sangat mengantuk!! asyik nak tido je..adakah badan saya memerlukan lebih rehat berbanding sebelum ini kerana sebelum ini saya tak bergerak sgt..skrg agak bergerak maka saya perlu rehat utk memulihkan sel sel tisu yang rosak dalam badan

ok mengarut je lebih aku ni...

saya nak tido dulu...bye!

Saturday, April 24, 2010

Day 13 post - Reunion

Siang tadi kemal kawen. SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA VAN NISKEMAL (nama bunyi mcm india bukannya orang belanda! sesuai ngan kaler dan bulu ko mal!) DAN DR. AIRIN. SEMOGA BAHAGIA HINGGA KE DALAM SYURGA (kalau pintu syurga je kang kot sorg sangkut tak pat masuk syurga. say hi je kat pintu syurga pastu lalu terus pegi neraka..nauzubillah...dina..buat lawak memain ehhh..nak kene eh..) EH UCAPAN PENGANTIN TAK ABIS LAGI.SEMOGA CEPAT DAPAT ANAK YANG HARAPNYA TAK POYO DAN LOYAR BURUK MCM KO KEMAL.

Jumpa balik kawan2 lama masa belajar dkt monash clayton dulu...

diorang la kawan-kawan yang menggembirakan hati dan menyakitkan hati. gembira tu banyak contoh tak yah cakap. yg bg sakit ati tu biar nak sebut kat sini...

KORANG BIARKAN AKU DENGAN YAYA PEGI DRIVE SENDIRI MALAM MALAM SAMPAI KAT MANA NTAH TAK INGAT NAMA TEMPAT TU TAPI JAUH DAH NAK SAMPAI DANDENONG TU UNTUK PEGI AMBIK PIZZA SEBAB KORANG 8 ORANG BUDAK2 LAKI SEBOK MAIN WINNING! SORANG PON TANAK TOLONG PEGI AMIK PIZZA TU! PASTU KORANG JUGAK YANG SEBOK MAKAN PIZZA AKU NGAN YAYA AMBIK KAN? KORANG MEMANG!!

tapi korang jugak la yang layan aku ngan yaya nanges2 drama2 dalam kereta sebab patah hati..korang mmg adik adik yang baik! sayang korang semua! (yes saya yang paling tua dalam clan saya sbb lahir january.budak lain hujung tahun baru tau nak lahir. aku dh nak pandai jalan korang baru pandai geleng geleng pusing kepala..huh!!)

ni je gamba yg ada diambik dgn phone saya. bermutu tinggi jugak kualiti gamba kamera phone saya..ye la...phone mahal tu..kah kah kah kah... (gamba lain kene tunggu dr pengantin ahhh... terutamanya gamba dgn pengantin)

since 2004 until now... from left, yaya, dot the pipi banyak daging and Dr. Aida yang darah manis sket hari lagi nak kawen..ewahhh~saya benci kawan-kawan saya tinggi..diorg pakai flat dan saya pakai kasut dah abis tinggi dah..dh abis elevated dah..tapi masih mcm jambatan klcc berdiri di tengah2 mereka berdua! saya nak jadi tinggi!!!

p.s: nuek, masih ada tak video korang main winning yang 8 orang tu? dah nak world cup ni mesti korang terkenang 4 tahun lalu bukan? predict result utk match tu dgn main winning sepam team yg nk lawan tu... ahahaha...

p.p.s: ni arizal ngan farid la punya pasal ungkit hal winning tadi kat kenduri ni... yaya kata 10 tahun lagi jumpa pun mesti winning jugak. dgn aku aku sekali blog pasal winning ni apahal?
tapi saya tetap sayang korang semua ok!


ni gamba saya menonton world cup 2006. match mana tak ingat tapi malam baru lps balik makan kayu nasi kandar. sila zoom in gamba..ada cd playstation utk main singstar di tepi saya, kemudian di hujung tu ada toilet air freshner spray utk di spray slps menggunakan toilet terutamanya jika selepas membuang air yang agak besar dan dalam bentuk separa pepejal (kalau haizul dia punya sangat pepejal!) courtesy- umah atas umah jason di South East Flat

Friday, April 23, 2010

Day 12 post - Mahu Sihat

Hai kawan-kawan

semalam saya emo.hari ni bangun pagi dah tak emo..malah emosi lebih baik kerana sudah jogging selepas solat subuh hari jumaat (tapi tak buat sujud sejadah pun..huhuhu~)

Berjogging atau brisk walk di pagi hari sangat bagus untuk memulihkan emosi kerana badan kita akan membebaskan hormon endorphin ke dalam sistem badan..kalau tanak berlari makan coklat pon boleh release endorphin tapi berlari membakar kalori manakala makan coklat menambah kalori which is tak boleh kerana saya perlu create calorie deficit setiap hari utk membuang lemak-lemak degil nih

semasa berlari tadi sgt ada sedikit rasa-rasa malas. belum abis waktu dh rasa nak stop tapi saya kuatkan semangat dengan membayangkan muka2 orang dalam the biggest loser yang menjadi inspirasi saya. saya yakin saya mampu melakukannya


ali vincent, first woman winner in the biggest loser history (season 5) masa dia gemuk nampak tua, bila dah kurus baru nampak dia masih muda remaja -saya nak sihat dan kurus supaya nampak lebih muda! dan yang paling saya suka adalah semangat dia. dia kene eliminate awal2 bukan sbb dia fell below yellow line masa weight in, tapi sbb org pilih dia utk kuar sbb dia kuat sgt kira jadi threat kat orang lain. so dia buat azam nak jadi 1st woman biggest loser and she did it!!!so dina, u can do it!!

Helen the biggest loser winner (season 7) dah tua 48 tahun tapi mampu mengalahkan peserta2 lain yg lagi muda..tapi macik ni cengeng sket... asal timbang badan je nangis sbb mcm tak percaya dia boleh lose weight..masalah dia yg menyebabkan dia gemuk adalah dia kuat merokok dan minum alcohol. so sapa sapa yang yg merokok dan suka alcohol tu sila quit kalau mahu sihat. owh dan season ni baru 2 minggu tayang dkt hallmark channel 702 hari selasa pukul 9-11 pm back-to-back episode. so jom tgk perjalan helen ini dalam cubaan menguruskan badan nya hingga bermuscle mcm Madonna dah tu! jeles nye haku!!!

kepada sesiapa yang ada mentality "saya kurus boleh makan sesuka hati dan takkan gemuk" sila fikir 2 kali ok..ini adalah Tara Costa (biggest loser contestant season 7) dia dulu MODEL ok!! cemana dia boleh jadi obese pun tatau la kan..model mesti la cantik kurus menawan.sekali jadi gomok ha amek ko terus obese..tapi dh kuar biggest loser lawa gile balik la kan..dia menjadi inspirasi sbb dia sgt kuat.walopon berat mula 294lbs (lebih kurang 150kg gitu) tapi dia boleh kayak jauh gila, panjat cliff semua sampai boleh menang immunity utk 2nd week weight in. terer bukan? jika Tara boleh kurus kembali, mesti saya pun boleh. hendak seribu daya tak hendak seribu dalih!*

Ini adalah atuk Jerry Hayes (season 7 biggest loser at-home winner). atuk ini berumur 63 tahun, sebaya bapa saya. 1st day masuk gym dah collapse masuk hospital ok sbb tak larat dan saket jantung bla bla bla. after 2nd week dia dh kene eliminate dan pulang ke rumah work out kat rumah dan balik masa season finale tgk2 dia yg paling byk lose weight dkt rumah which was 144 lbs (lebih kurang 70kg).tak pasal2 atuk ni dapat duit USD100, 000.00. gila saiko ok! atuk ni dah la tua tulang reput sakit jantung dan kencing manis obese pulak tu tapi dia mampu work out dan jaga pemakanan dan kembali kurus dan sehat sehingga dah tak perlu makan ubat diabetic lagi dah ok! kalau dia yg tua gemuk pun boleh buat..saya juga pasti boleh!!!

so itu lah muka2 orang yang saya bayangkan dan semangat mereka yang buat saya still mahu menjadi sehat dan kuat!

p.s: do u know bob harper, the biggest loser US male trainer. i tought his age like 30++. guess what, he is 45!!! gila nampak muda dan sehat. itu lah kelebihan orang yang kuat bersenam..anda akan menjadi sehat dan yang penting NAMPAK LEBIH MUDA!! OWHHH I WANT I WANT!!!

Thursday, April 22, 2010

Day 11 post - kawin

bukan saya yang nak kawin... tapi semua orang lain yang banyak nak kawen...

saya sangat muak pasal kawin.. bila dgr pasal kawin saya mula nak muntah (actually hari tu mmg muntah muntah pun pasal muak dgr pasal kawin)

bukan saya tak happy pasal org nk kawen (kawan2, i am happy for u seriously) tapi saya sedih kenapa waktu saya belum tiba lagi

bukannya saya memilih...in fact saya tak pernah putus asa mencuba... malah saya pernah pegi speed dating ok! tapi kenapa saya tak sebertuah orang lain yang ada orang sayang diorg sampai sanggup sehidup semati....

dan cerita pasal kawen sentiasa di keliling saya buat saya rimas dan nak muntah

tahun 2010 ni, 1 org kawen pon saya tak de pegi (accept for kenduri adik2 kakak ipar saya). sorry kepada yang menjemput in fact siap dtg rumah hantar kad kawen tapi saya tak pergi. it just that saya tak kuat utk pegi tgk org kawen dan pada masa yang sama saya tidak mempunyai masa depan yang cerah untuk hidup berpasangan.

yang lagi menyedihkan bila tgk orang ada anak... kadang2 saya lagi pandai jaga baby daripada org yg ada anak tapi saya belum lagi diberi kesempatan utk mempunyai anak (ok saya mmg pandai jaga baby, dr lahir sampai besar-bagi makan bagi tido bagi susu botol, panas kan susu express bm, mandikan bayi yg lembik2 tu, basuh berak, bg makan ubat apa lagi cuba la test..in fact dah pernah menjaga budak umo 4 tahun bersunat ok!siap jaga 2 org serentak ok! dr jaga makan, cuci dressing luka toottt, gantung kain untuk tutup time bersunat, bagi mandi budak bersunat semua saya dah pernah buat!)

saya sedih ketika menaip entry ini..dan air mata saya mengalir

bye korang.

Wednesday, April 21, 2010

Day 10 post - internet connection cam ntahapehape!

saya banyak kali nk publish post dan try save post tapi tak pat!!!

tension la nih!!!!!

esok je lah cite ape yg patut!!!

Tuesday, April 20, 2010

Day 9 post - I miss Melbourne

Do you know what i need in Kuala Lumpur?

I need hectic city like KL to keep me energetic...and at the same time i need beaches cos when i'm stressed i can just sit by the beach and relax myself...I had that kind of place when I was in Melbourne but not here..
if KL had beautiful beaches like Melbourne, my life would be perfect here with my family and friends around...


maybe Kuantan can be as closed as Melbourne? except for the hectic part hehe...tapi melbourne pun tak hectic jugak kan...

Monday, April 19, 2010

Day 8 post - Freedom!!!

WOHOOOOO SAYA BERJAYA BERLARI SELAMA 2 MINIT!! JAUH!!!

ok korang mesti confuse napa budak ni nak keco lari 2 menet pon keco. ini kerana saya yang sangat lemau dan mempunyai paru-paru dan jantung yang lembik lemah ni sebelum ini tidak mampu berlari kamu tahu tak?

hari ni dah start week 2 punya routine (walk for 5 mins, run for 2 mins and repeat both for 3 rounds)

jauh jugak berlari selama 2 menet tu...tapi saya berjaya melakukannya!!tak lama lagi jantung dan paru-paru saya akan bertambah kuat! saya suka program ini sebab berjalan 5 menet tu just nice utk prepare saya berlari 2 menet tu balik...suka nya!! tak saba nak tunggu week 8 yg saya boleh berlari 30 menet tanpa henti!!!! boleh kah itu terjadi wahai rakan-rakan?

pulang dari jogging sangat gembira..badan berpeluh basah..muka glowing kaler pink kerana darah mengalir lancar seluruh badan...suka nya!!!!

...
malam tadi hantar ibu bapa pergi holiday ke turkey.saya dan adik bebas selama 10 hari yihaaa!!! (sila nyanyi lagu akon-freedom sebagai background song ok)

nephews ikut bersama hantar ibu bapa ke klia. adam mamai masa nak naik kereta pegi klia lalu tersalah menyarung kasut. sampai airport cari-cari kasut dia..jumpa sebelah crocs dan sebelah lagi SANDAL BAPA SAYA!! sesiapa nampak kanak-kanak berusia 7 tahun itu di klia malam tadi dengan kasut cros sebelah kanan dan sandal orang tua sebelah kiri itu adalaha nephew saya! so cute ok!

SEKIAN TERIMA KASIH!

Sunday, April 18, 2010

Day 7 post - 1st weekend!

This is my 1st post on the weekend and complete 7 days of blogging!!! yihaaaa!!!!

nothing interesting today, just stayed at home and do my work..owh i am helping my uncle doing some accounting work.

while doing the works i watched 3 DVD, The Shutter Island, Muallaf and Invictus.






Saturday, April 17, 2010

Day 6 post - i did it!



I COMPLETED MY WEEK 1 ACTIVITIES FOR THE JOGGING THINGY!!!!




I HOPE I CAN DO IT UNTIL WEEK 8!

Day 5 post - super tired!

I did not post this on d day it was supposed to be posted! i slept at 6-ish pm then yesterday and could not wake up until the next morning!

Felt so tired because i had my morning jog yesterday, then went home after completed my WEEK 1 DAY 3 activity. bathed and went straight to my dentist because my cheek swelling again.

after 3 hours at the dentist (so many patients yesterday), i went home, get ready and straight away to midvalley for Malaysian Career and Training Fair 2010. The place was so pack i could'nt walk around. Managed to visit the companies i wanted to apply for job and even got shortlisted for interview on the spot! ( will tell bout this later k?).

after 2 hours walking around and setteled my things at the career fair, i went home again to pick up my brother and straight away to kl convention centre for the pikom pc fair. when we got there we stucked in the jam for about an hour and could not even got to park our car cos all the parking lot around the area were full! they even charged double price for the parking fee and yet still full of cars! at 5pm, my brother and I decided just to go home cos we just wasting our time there waiting in the car.

I arrived at home about 5.30 pm and was so restless. then i bestie called me and we talked and after finish talking, i just fell asleep until the next morning

that was one of my boring days!

Thursday, April 15, 2010

Day 4 post - I neglected my body..Sorry body!

This entry is supposed to be posted yesterday, but something happened so I decided to post it today.

Last Wednesday, after my brunch with faezah bohari and fara izuwin, i just check out Fitness Concept at Pavillion. At first I just wanted to check out the Polar heart rate indicator that was used in The Biggest Loser Asia. I wanted to check it out cos I was surveying few brands of fitness or work out watch since I decided to start running. After talking with the SA there, just before I walked out the store, I saw the body composition analyzer machine. So I asked the SA if I could use it and he said yes and it’s free! It’s been ages since my last check on the machine cos last time I check was when I still have mmy membership at fitness first. (Now broke so no more fitness first ok!)

I did my check up and found out the result just like this

Age

26

Desirable Range

Height

149cm

Weight

50.0 kg

BMI

22.5

18.5 – 24.9

BMR

1144 kcal

Fat %

34.6%

17 – 24%

Fat Mass

17.3 kg

Free-Fat Mass

32.7 kg

Total Body Water %

47.8%

60%

Total Body Water

23.9 kg

Target Body fat%

24%

Predicted weight

43.0 kg

Predicted fat mass

10.3 kg

FAT TO LOSE

7 kg

It was such a wake up call for me since the result said

“YOUR BODY FULL OF FAT DINA”

ok I am exaggerating here. You can see there, even though my BMI is ok but my body fat percentage is very very high! A desirable range for a person like me is between 17-24% but what? I have like 34.6% in my body. I know I eat a lot lately and eat what ever I want and expect my fat just maybe between 26-28%. But to have 34.7% of fat is so frustrating for me. I was so stress when I knew this and now I know I have to start work out and eat healthy.

Owh btw now my weight is 50 kg! I never ever reached 50kg before! this is the heaviest body I ever had through out my 26 years of life! disasterrr!! disasterr!!

So now first I have to get rid of the 7 kg stupid bad fat. Then when my weight reach 43 kg, I need to start build up some muscle and at the same time continue to lose some more fat. If i just keep continue losing the fat without build up some muscle i will be underweight. My target is to weight only 43kg and have fat like maybe 19% of that 43 kg means like 8.17 kg of fat only. In order not to be underweight, I have to increase my fat-free mass in my body about 11 kg. That includes water, muscle and other things which I know have no fat! owh I still hafta allow the good fat in my body also some extra fat to make my body looks good hehe....

Now only you know that I am actually fat! Before this when I said “I’m fat” people would say "no la..u gotta be kidding..", "dina u r not fat..u are so small..' owh yes I have small frame that’s why I look so so small. But I do have a lot of fat in my body! Damn!! Poor my heart and lung and other internal organs now. They must be screaming inside there..”help us!! Helps us!! Dina is killing us with all these fat!! “ Ok body, from now on I will take care ok myself ok!

Since I had the fat thingy check up, I decided to go for a blood test to check my sugar and cholesterol level. I never had them checked so I had know idea what was the result gonna be but expected that it’s gonna be more than the normal range. So had the test at Pusat Kesihatan UPM and yeahhh my cholesterol is above the normal range. The doctor said I did not have to start on medication yet cos I’m young. Just that, I need to control my food intake so the cholesterol level will be normal again. So yeah now I start to have my food diary again to record what food I take so I wont eat unhealthy food. Owh my sugar level, is normal. 3.7 only. I’m not diabetic yet! But still have to control cos I have family history of diabetic (my mum and late grandma and aunties and the list goes on..)

to be continued...

Wednesday, April 14, 2010

Day 3 post- not ok

i want to post other stuff but cant do it rite now.i'm emotionally not ok. off to bed 1st. nite everybody


ini adalah post utk test. kenapa kat sini i upload gamba tapi blh click kat gamba to enlarge em? kat post bawah ni tak blh pulak? confuse nya i... btw ini adalah gamba adik baby yang masa belum gunting rambut yang comot baru bgn tido...sila tgk bulu mata dia sangat panjang mcm fake lashes ok!i dah ukur my fake lashes pun tak panjang mcm bulu mata adik baby!

Tuesday, April 13, 2010

Day 2 post - i start running!

Hello everybody…(baca dgn nada watak guruji dalam pagi show fly f.m (tu pun kalau korang tau))

Yeayyy this is my 2nd day post..walopon lambat sikit blog tapi masih tetap blog ok..jgn kata saya dah give up dan malas walopon baru hari kedua..blog tetap blog sbb 88 hari lagi blh la tabung bb I tu penuh dan blh la beli bb. Yihaaaa!!

ok yesterday I said that I wanted to blog about my new activity… it is called “8-week course to 30-minute running”. This is actually an 8 weeks program for beginners like me who has fat all over the body who want to start fitness program and increase our body stamina and endurance (if xde fat pon boleh je kalau nak buat). For those who know me u know that I’m one of the people who don’t have stamina at all. I SAY AT ALL. Yes my stamina equal to those obese people who can’t really move their body. In fact I think I can find normal people (not athlete) who have bigger body (I mean obese), older than me who are supposed to has lower stamina than me but actually stronger n can last longer when doing physical activity! So yes! this simple program I follow now will prepare me to run my first 5km in 30 minutes nonstop after 8 weeks! I wonder whether I can do it or not because I am not athletic at all. At all!!Last time when i was in school also i never ever take part in any sports activity because I know I couldn’t do it. Now I want to do it because I want to be healthy. I’m afraid if I keep continue my lifestyle right now, I might end up dead sooner than I am supposed to because of illness related to obesity n not healthy life style.

I also want to start a healthy lifestyle is because I have 34.7% fat in my body which I have 7 kg of excess fat in my body. I am scared to death when I knew this. I will tell u the story tomorrow about me getting my fitness checkup. Owh by the time I write this entry, I have not yet received the result of my blood test. I did cholesterol and sugar level test. So will blog about them too tomorrow.

Ok, so to make sure I obliged to this 8 weeks program, I made myself a jogging log. It is for me to record my task for the day according to the 8-week course, as well as the notes for d day regarding my running activity. I hope this time I wont stop half way and complete this 8-weeks program successfully.


So for yesterday I started the program. It was my WEEK 1-DAY 1. First time running after I quit gym about 1 ½ years ago. It was so easy and I enjoyed the activity very very much. Actually I was looking forward to start running since last week but I hold back myself cos I don’t want to be hangat-hangat tahi ayam. So yesterday I woke up around 6.40am, started jog at 7 a.m n finished around 8 a.m. Then I came home and straight writing in my jogging log. I felt good about myself yesterday. Here is my jogging log page 1 if u people want to see it. Owh btw I want to let u know that I will blog about my jogging day on the day after. For example tomorrow, Wednesday will be my jogging day so I will blog about it on Thursday.



ok that's all for today... will write again tomorrow..


JUST SPREAD MY WINGS AND FLY...


p.s: ada orang tanya saya apa kaitan bb dgn kene blog sampai 90 hari..owh alasan nya nnt bb tu saya nak guna supaya saya senang blog sbb saya suka blog dan hari-hari saya blog.hehehe

Monday, April 12, 2010

Day 1 post- welcome to blogging world again dina!

hi everyone...

i blog again... i have so much things to say these days..n keep bugging ppl in my facebook list bcos i keep keep keep updating my status which very very very very long...hurmmm..so i think i shud start to blog again (untuk kali ke berapa aku tak tau lah..asyik start blog stop blog and delete blog...gila lah)

anyway saya nak blog ni sbb saya ada aktiviti baru...untuk cerita pasal aktiviti baru tu saya simpan untuk esok...saya blog ni juga sbb...

SAYA BERJANJI KEPADA DIRI SENDIRI JIKA SAYA BERJAYA BLOG SETIAP HARI SELAMA 90 HARI SAYA AKAN MEMBELI BLACKBERRY STORM2 9520 SEBAGAI REWARD KEPADA DIRI SENDIRI.

Ini adalah untuk memberi semangat kepada saya untuk terus blog supaya tidak hanya hangat-hangat tahi ayam (yaya kamu baca ni mesti mcm why shud i have tahi ayam in my blog post kan?). Kemudian untuk memberi saya ruang kepada diri sendiri untuk mengexpress diri saya di blog bukan di status fb dan menyemakkan fb orang lain. dan juga kalau di blog ni, orang ada choice kalau nak baca bukak lah dan baca dengan suka dan rela nya..tapi kalau dekat fb tu kesian kat orang lain yang terpaksa baca walaupun tak nak baca sebab dia pop up sendiri dengan tidak sengaja!

ok, ingat tu... saya ada membuat perjanjian bertulis dengan diri-sendiri dan disaksikan oleh blog ini dan juga anda semua pembaca blog saya. Maka saya kena lah patuh kepada janji ini..so i need to blog for 90 consecutive days then i must reward myself with the bb storm2!

owh saya nak kamu semua siapa yang singgah sila lah komen supaya saya bersemangat yeahhhh!!!

owh saya ada tagline baru lah untuk kehidupan baru ini..

JUST SPREAD MY WINGS AND FLY...