Sunday, May 02, 2010

Day 21 post - Hari terakhir menganggur

Hari ni hari terakhir menganggur setelah berhenti kerja setahun yang lalu...

Hati agak nervous ok sbb i don't know if i can do the job or not cos it's not my core or something i did before. Dapat kerja tu pun bukan sbb i ada qualification in Human Resource or because i pernah kerja recruiting orang ke ape ke.. tapi sbb diorg ckp i ada personality that suit the job and cabality that they think i can perform in the company... saya nervous sebenarnya...

last few months saya selalu runsing tak tau nak buat apa with my life...i always plan my life would be like others. abis belaja, kawen cepat and duduk rumah jaga anak. tak mau kerja. Saya nak jadi mcm mak saya yang tak kerja duduk di rumah uruskan anak2 dan rumah tangga. Dari dulu saya rasa perempuan yang duduk rumah berkorban menjaga ana, suami, keluarga dan rumahtangga itu sangat mulia. Even my parents tak kesah i tak nak kerja cos they prefer me to stay at home sbb senang nak jaga kata nya. Lps tu bagi diorg, nnt anak perempuan kawen, pandai la dia ikut laki dia nak hidup mcm mana.

But lately, since saya ni tak kawen kawen lagi and rasa mcm sangat lambat akan kawen, i cannot be like this. Few things came to my mind

what if i tak kawen sampai bila bila?

my parents said diorg akan jaga i dan bagi i duit belanja cos diorang bukannya ada anak lain nak kena bela cos my borthers semua ada kerja masing-masing. And even if diorg tak jaga i, my brothers ada 3 orang untuk take care of me. So i have nothing to be worry of.

But then,

Let say, my parents takde dah, and I tinggal dengan my brothers, sanggup kah i nak ambik duit daripada diorang pastu joli-joli..i rasa tak tergamak pulak sbb diorang ada anak bini nak kena bagi makan..mcm duit my parents tak kesah sangat sbb duit tu takde orang lain nak pakai dah..( ok dont judge me please...dah mak ayah i nak manja kan i nak buat cemana?)

So now dah saya dah tua bangka ni baru terfikir, kalau tak kerja cemana nak beli rumah sendiri? Nanti i nak tinggal dekat mana? kalau berlaki bleh jugak tumpang umah suami..ni kalau hidup sebatang kara nanti, i nak duduk mana? I ni anak perempuan, harta waris bukannya banyak pun boleh dapat.. so i decide, tak pe lah... since now tak nampak bayang hidup berkeluarga sendiri, maka baik saya bekerja. Masih belum terlambat untuk saya membetulkan jalan hidup saya.

simpan sekejap cita-cita nak menjadi surirumah menjaga anak-anak itu ye. simpan kejap dreams pagi2 buat breakfast masak nasik lemak, pack kan nasik utk laki dan anak-anak. hantar anak pegi sekola. pastu pegi jogging sambil tolak anak dalam stroller. Pastu pegi pasar, balik umah masak tgh hari amek anak balik sekola and laki balik umah lunch. pastu ptg anta anak pegi sekola agama, pastu baking cake atau buat kuih minum petang (sbb saya sangat suka baking cake dan buat buat kuih). pastu ptg laki balik umah minum tea bersama dan anak2 juga pulang sekola agama... pastu masak dinner dan dinner bersama keluarga, pastu malam ajar anak mengaji sambil lipat kain dan juga tengok diorg buat homework. begitu la sedikit sebanyak rutin idaman saya... sbb saya suka duduk rumah buat kerja rumah semua..saya tak pandai sangat kerja duduk ofis ni

tapi since bukan semua yang kita nak itu kita dapat, maka saya pun fikir balik, mungkin bukan skrg masa saya utk merealisasikan impian itu ( ayat tak hengat punya gedik, merealisasikan konon..ko ingat ni apa?plan tindakan 1 Malaysia?). Mungkin Allah tu dah aturkan benda lain untuk saya kerana Allah itu maha mengetahui. Maka saya pun cuba la mencari kerja dengan berbekalkan pengalaman bekerja yang tak seberapa dan juga sijil-sijil keputusan exam saya yang lagi lah sangat tak seberapa itu! ya!! saya ada sijil SPM 11A !!saya tau!! tapi saya juga mempunyai sijil keputusan universiti yang sangat sangat sangat hancur sehancur hancurnya yang pada firasat saya, saya tak boleh dapat kerja melainkan kerja kilang sardin (sedih bukan cerita saya) ok saya exaggerating saja..tak la teruk sangat mcm tu... saya tipu je..but my uni result was bad, not something that i can be proud of

Alhamdulillah, cubaan mencari kerja saya mengambil masa dalam tempoh sebulan setengah sahaja. Dan perjalanan saya mendapatkan pekerjaan itu sangat sangat super dipermudahkan oleh Allah. Alhamdulillah. Sbb itu saya katakan tadi, mungkin ini yang Allah telah aturkan untuk saya, dan saya pasrah dan terima dengan penuh rela dan akan cuba membuat yang terbaik kerana ia adalah rezeki yang orang lain Allah tak bagi, tapi saya dapat. mungkin saya belum ada teman hidup yang boleh share hidup mati saya, sayang saya dan saya belum ada anak2 yang sangat cute dan sangat saya mahu kerana Allah belum nak bagi lagi dekat saya. Jika saya bersabar dan bersabar InsyAllah, perkara itu akan berlaku juga.

So esok akan bermula lah lagi satu chapter baru dalam buku cerita riwayat hidup Nordina Abdul Rahim. Sebuah riwayat yang penuh suka duka, turun naik, yang telah mengajar saya menjadi seorang manusia pada hari ini.... Terima kasih kepada semua yang telah memberi semangat, sokongan, kritikan dan segala-segala nya kepada saya..you know who you are k...my friends, family and semua semua...saya nak sebut nama banyak sangat, kalau tertinggal tak tersebut nama kang tak sedap pulak. so baik tak yah sebut nama langsung but korang tau korang punya contribution kepada hidup saya ini... terima kasih sangat sangat!! Saya sentiasa berdoa kepada Allah agar saya diberikan dan dimurahkan rezeki supaya saya mampu membalas jasa-jasa semua yang telah berjasa kepada saya. semoga saya tidak menjadi manusia yang takabbur dan riak dan melupakan orang-orang yang banyak berjasa kepada saya.

phewwww...banyak nya saya tulis. i hope korang baca la luahan hati saya ini ok.... lps ni dh kerja saya mungkin tak dapat tulis panjang2 dah due to kesibukan kerja, kepenatan ketika pulang dari kerja sbb drive jauh dan jalan jem dan pulang lewat malam dan juga due to kerja=takde life=takde cerita nak blog!

SELAMAT MEMULAKAN HIDUP BARU DINA!

p.s:walaupun kerja, saya tetap akan berlari di pagi hari! dah siap plan nak jogging pagi. di mana? bagaimana? bila dan semua nya akan saya cerita kemudian k!!! tungguuuuu~

7 comments:

Azreen said...

selamat bekerja dot! in'allah, dipermudahkan kerja2 u tu. I totally understand ur situation, something i had not too long ago. But as long as ur healthy, u've got the whole world waiting for u, darling! Gudluck and take care ok! Xoxo

IZZAH said...

alhamdulillah..i'm happy for u my dotti :D

dina rahim said...

azreen: thanx dear.. but ni azreen mana eh?i got so many azreen la... i view ur profile but no idea la dear...

aizat: me so happy aizattok!!!

Azreen said...

i laaaa...azreen mama!! wuawuawua!! Lupe ek kat i??? Sampei ati mu...

dina rahim said...

haa azreen mama i know laaaaa!!! ni dia kuar azreen je ok~ i bukak profile pun nothing yg kuar!!

wahhh reunion bilik 301 blok 1 kolej akasia nampaknya kita di sini!!!

Mybabycubicle said...

fuhh sungguh panjang sekali luahan rasa hati.. papepun good luck ye.. heheh

Unknown said...

Saya sudah dengar ucapan ini dari mulut anda..tapi saya tiada masalah untuk membaca teks ucapan ini untuk sekian kalinya.. penceritaan anda dalam bentuk teks ucapan dengan ucapan anda dalam bentuk oral sememangnya sama..i like!!go dina go!! you can do it.. btw.. story line yang perenggan ke brapa berkaitan buat breakfast serta mengajar anak mengaji itu turut berada dalam my wish list..namun Allah maha mengetahui juga ...