Monday, May 24, 2010

Day 40 post - Buntu

wahh dah 40 hari saya blog!!

kagum lah

tapi dah tatau nak tulis apa

saya skarang takde life

keje keje keje keje keje

tapi saya tetap dan sangat gembira!!!

lalala!!!!

lagi 50 hari saya dah boleh beli blackberry!!! lalalal!!!

tapi tetibe terfikir balik

perlu ke saya beli blackberry itu? saya nak buat apa eh kalau ada blackberry?

tiba-tiba saya terfikir

Sunday, May 23, 2010

Day 39 post - tinggi

saya rasa nak muntah tgk oprah sekarang. telinga saya ngilu dan jijik sekali

orang di China sekarang obses menambah ketinggian dgn membuat pembedahan plastik

tulang dekat betis tu di patahkan dan diregangkan pastu tulang baru akan tumbuh to fill in the gap dan ketinggian akan bertambah.

perempuan yang buat tu tinggi dia 5' 3" lps tu dia nak jadi 5'7"

kalau orang tu sependek saya yang 5' pun tak sampai ni agaknya mesti dia dah bunuh diri kerana tak diterima masyarakat. owh ya di China jika anda lihat job advertisment, height requirement adalah perkara biasa. jika ketot macam saya mmg jadi pengemis je la sbb takde kerja dan tak diterima masyarakat

saya sangat bersyukur dengan ketinggian saya kerana saya boleh pakai high heels setinggi tinggi mana tanpa perlu rasa risau saya akan lebih tinggi daripada mana mana lelaki yang saya date sebab confirm mmg saya tetap pendek walaupun memakai heels setinggi 5 inci

Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau jauhkan lah rasa kegilaan seperti itu.

Thursday, May 20, 2010

Day 38 post - mampukah

saya tatau sampai bila saya boleh ebrtahan nak blog hari-hari ni

saya sangat busy

dan takde internet connection dalam phone saya

sbb takde bajet nak letak unlimited internet usage dalam phone

sian kan saya...

Wednesday, May 19, 2010

Day 37 post - hujan

semalam hujan lebat dan jam di tengah kuala lumpur.

percaya atau tidak saya mengambil masa 2 jam untuk sampai ke rumah saya!

dan semalam saya tak tahan saya redah jugak la hujan nk pegi dekat carpark saya yang berharga 2 ringgit per day itu...ala-ala buat video clip gitu

setiap hari saya akan melintas jalan Sultan Ismail yang sangat busy itu. jika anda ada nampak budak ketot bawak hobo bag yg sangat besar kemudian bawak lagi beg pakaian warna merah berlari-lari melintas Jalan Sultan Ismail, itu adalah saya. sila jangan langgar saya

Monday, May 17, 2010

Day 36 post - HAPPY MONDAY

selalu orang ada monday blues tapi saya tidak

ingatkan semalam sbb penat sgt on duty for K3G event tu, hari ni mmg tak larat la nk bgn pegi keje

siap dah bajet nak ambik RL lagi ha

tapi bangun pagi tadi sangat fresh dan bersemangat pergi kerja

ya saya sentiasa full of energy ketika di tempat kerja

dan di tempat kerja juga saya sudah dapat job scope baru. saya gembira dan suka. yeayyy!!

dan hari ini juga saya dapat berlari RUN DINA RUN kembali setelah 2 minggu den tak dapek poie lari

nasib baik momentum tahap kekuatan larian saya tidak hilang. fuhhh~

saya sangat HAPPY MONDAY

p.s: SAYA DILAMUN CINTA AUUUUWWW~

Sunday, May 16, 2010

Day 35 post - mata tipu

kalau nampak mata saya warna coklat hazel gitu

itu mata tipu

itu kanta lekap berwarna

sila jangan tegur ok

ada juga yang kata kanta lekap saya itu warna hijau katak...

tidak sama sekali tuan-tuan dan puan-puan

ianya memang hazel gitu

saya terpaksa pakai kanta lekap tersebut kerana yang coklat gelap biasa saya pakai sudah koyak

maka terpaksa pakai yang itu sekarang

dan saya ulangi sila jangan tegur warna mata saya!!!

TERUTAMANYA JIKA ANDA MEMBAWA IMEJ ALIM BERKUPIAH DAN BERJANGGUT GITU KONON ALIM LEPAS TU TENGOK AKU TEGUR CAKAP "CANTIK MATA AWAK!!" HOI KAU BUAT AKU RASA BERDOSA DAN GELI OK!!! PERGI JAUH JAUH ORANG SEBEGINI!! SAYA TAK SUKA AYAT YANG DIUCAPKAN TIDAK MENGGAMBARKAN IMEJ DIRI YANG SEBENAR! SAYA JIJIK!

ini adalah post-event behaviour. saya sangat penat saket belakang dan juga saket tekak bercakap d whole day.

saya tidur dulu. esok dah keje balik. i can take one replacement leave because i worked today but just masuk keja dah nak cuti tak syok pulak nnnt ade ketinggalan pelajaran...huhuhu

selamat malam!

Saturday, May 15, 2010

Day 34 post - isi hati

saya nak meluahkan perasaan

kejap lagi saya kena teman ibu bapa pergi rumah pacik saya

dia baru pindah rumah ada housewarming

saya tak suka nak pegi situ sbb crowd yang akan saya pergi ini suka bertanya bila saya nak kawen

kalau setakat tanya je tak pe... ni siap brainwash saya...

jgn memilih la.. kenapa susah sangat la... itu laaa... ini laa...

ye saya tau saya sudah 26 dan berada di dalam family yang semua pompuan kawen cepat, menjadikan saya sebagai seorang wanita yang berumur 26 ni adalah dilabel anak dara tua yang tak laku

tapi dah saya tak jumpa orang yang boleh dibuat laki nak buat cemana

dah saya belum jumpa orang yang nak buat saya jadi bini dia nak buat mcm mana

kalau jodoh saya belum sampai adakah itu salah saya?

ye mmg saya memilih

gila ke kalau saya tak memilih, orang tu saya nak hidup semati tidur sebantal tinggal serumah yang bukan lps kawen tu kalau tak suka je boleh tinggal suka hati

ok saya memang takdak mood sangat

nak sambung tido lagi...

jap lagi nk pegi baru bangun tido dan bersiap dan terus pegi tak yah bersiap pon

saya tak de mood~

Friday, May 14, 2010

Day 33 post - larut malam

hari sudah larut malam

daku masih belum tidur

hidup ini indah jika kita selalu tersenyum

mari tidur sambil tersenyum

nescaya nyamuk tanak dekat dgn kita sbb dia ingat kita gila sebab senyum ketika tidur

padahal nyamuk tatau yang kita tgh mimpi indah hingga tersenyum dalam tidur

saya rasa ayat saya sangat puitis malam ini

"senyumlah~ senyumlah~ ahaiii~ cek mek molek~"

Thursday, May 13, 2010

Day 32 post - Down

hari pertama saya down dekat office

ini semua disebabkan saya kurang organise hari ni

saya tak leh orang nak kalut-kalut nanti saya kalut dan anxious

pagi-pagi tak buat milo dan green tea, towards tengah hari saya dah takde tenaga dan mula takde mood dan takleh buat kerja

dh pukul 3 tu colleague saya cakap

"Dina, go and get ur milo then only u can do ur work"

owh hari ni sangat tak bagus

pengajaran yg boleh saya ambil adalah

MESTI MULAKAN KERJA DENGAN MEMBUAT MILO DAN MINUM MILO OWH DAN JUGA JGN LUPA GREEN TEA YA!

owh tapi hari ni saya gembira.

saya dah jumpa carpark murah tu RM2 PER DAY OKAY! MONTHLY PASS RM40! HAHAHAHA SAYA GELAK BESA SEBAB MANA ADA PAKING SEMURAH ITU DI KUALA LUMPUR!!! SEASON PASS MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM PON RM60 TAU!!!! saya sudah dapat jimat duit paking saya lalalalaaa.. sebelum ni paking sehari 6 hengget abis duit kang dekat paking je.. sebulan dalam 130 hengget tu nk spend utk paking?? NO NO NO!! duit paking boleh saya dapat sepasang kasut Charles&Keith saya ok!!!

saya tak sabar nak pegi event pertama saya dengan JobStreet wiken ni.. sapa nak cari kerja jom pegi career fair dekat pwtc start esok sampai ahad. saya bertugas ahad dan details esok la saya cerita

saya perlu tido sekarang supaya mood saya kembali baik dan esok boleh pergi kerja dengan semangat yang baru.

saya dah pasang lavender oil burner saya dan saya boleh tido dengan lena dan sedap sekali

selamat malam rakan-rakan

Wednesday, May 12, 2010

Day 31 post - kekenyangan dan kemengantukan

baru lps makan dan dah nak tido

tadi banyak benda saya nak tulis tapi fae kacau

dia telefon dan kami bercakap kat tepon sampai setengah jam

salahkan fae sbb saya tak leh tulis panjang panjang sebab saya dah mengantuk sbb dh lambat sangat dan saya dah nak tido

tapi sangat suka bergayut dengan fae almost everyday tak pun every other day

bil telefon saya banyak sebab selalu bergayut dengan fae

tu baru telefon... belum lagi kira sms